TAUBAT


LIVE KE 5 TARIKH : 22MEI 2020 JAM 11AM TEMPAT DEWAN CITRA
KETAATAN BATIN-IBADAH DI DALAM HATIKU:TAUBAT
-Bis ,
-ALHAMDULILLAHI RAMBIL ‘ALAMIN
Wassa tuwasala  mua’la  asarafil  mursalin,
Wa a’la  alihi waasdbihi  ajmaain
-Rabbis
-Rabbi zidni ilmaa
-Rabbana aatina mil ladunka rahmataw wahayyi’lana min amrina raasyada
-ass,selamat berpuasa alhamdullah hari ke  29
Slot kali ini kita focus TAUBAT ii sifat kepujian yg lahir dari ketaatan batin
Dari Iman Ghazali yang dirahmati oleh Allah didalam kitab “al-Arbaiin fi Usul ad-Din terdapat 10 sifat kepujian bagi orang yang mempunyai ketaatan batin iaitu
Sentiasa bertaubat,takut kepada Allah sahaja,sendiasa sabar,sentiasa bersyukur,ikhlas kerana Allah,Tawakal,Redha,Ingat mati dan zuhud.
FOKUS-TAUBAT-4 OBJEKTIF-KENAPA PERLU BERTAUBAT,SYARAT TAUBAT,IBADAH MEMANTAPKAN TAUBAT,KENAPA SETELAH BERTAUBAT MASIH MELAKUKAN MAKSIAT
Surah an-Nur,ayat 31(24:31), “wa tubu ilallah   jami a’   aiyuhalmuk’minun laa’l lakum tuf li hun”
Maksudnya “Dan bertaubatlah kepada Allah kesemuanya,wahai orang yg beriman agar kamu mendapat kemenangan’
Bertaubat adalah wajib bagi orang yang melakukan maksiat dan dosa
1)KENAPA PERLU KITA BERTAUBAT (4 sebab)
a)Selaku hamba kepada Tuannya ii Allah -tanda ketaat
-jalan permulaan bagi as-salikin-jalan lurus kp/memdekati  allah
-anak kunci kemenangan untuk redha Allah
-akan menjadi kekasi Allah-oleh itu hendaklah bertaubat selaku hamba kepada Tuannya
 b) Sentiasa melakukan melakukan DOSA
yang sentiasa melakukan kesilapan/maksiat/dosa
  lalai dan lupa dalam menjalani kehidupan seharian malah dalam ibadah kita juga terdapat kekurangan/lalai.
-Dosa berpunca dari  maksiat zahir dari anggato tubuh badan dan maksiat batin/dari hati
dan kesemuanya dosa2/maksiat ini di katogerikan kepada 2.
-Dosa antara hamba Allah dengan Allah dan dosa antara manusia dengan manusi yang lain.
Oleh itu hendaklah sentiasa bertaubat kerana kita hamba yang sentiasa melakukan dosa,lalai dan lupa.
c) Amalan para nabi dan rasul – sedangkan nabi dan rasul bertaubat,yg telah dijanjikan syurga inikan kita hamba
-Nabi Mohammad nabi akhir zaman dan penghulu segala nabi ,beliau jugak maksum dari segala dosa.hadis Nabi Muhamad saw riwayat muslim
‘Wahai manusia! Bertaubatlah kp Allah dan mohonlah keampunanNya,sesungguhnya akau bertaubat pada satu hari sebanyak 100 kali”
Begitulah para nabi dan rasul sebagai pesyuruh Allah  dimana meraka telah dijanjikan syurga tp masih  bertaubat , inikan kita segai hamba Allah ygsentiasa melakukan kesalahan.
Maka marilah kita bertaubat mencucikan jiwa.
Kenapa kita perlu bertaubat ?
d) Untuk membersihakan buku catatan amalan kita.
setiap anak adam itu akan dijaga oleh 2 malaikat,malaikat yg sebelah kanan itu lebih berkuasa dari yg sebelah kiri.
# Surah al-Jathiyah ayat 29 “Allah berfirman :Inilah kitab (catatan) yang menuturkan kepadamu dengan sebenar2nya.Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat atas apa yang kamu kerjakan”.
#-dialogdua malaikat yang mencatat amal baik dan amal buruk.
Yunus bin Ubaid dari Al Hasan berkata Rasullah SAW bersabda
Jika anak adam membuat dosa maka malaikat di sebelah kiri akan bertanya kp malaikat di sebelah kanan.Apakah yg  harus aku catat?
Malaikat se belah kanan menjawab “jangan kamu catat lagi dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa”+Kemudian bertanya lagi malaikat di sebelak kiri “kalau dia telah melakukan 5 dosa apakah harus aku catat?”
Berkata malaikat sebelah kanan “Bairkan dulu sampai dia membuat kebaikan,sebab kami telah diberitahu bahawa satu kebaikan dapat 10 kali ganda,oleh itu kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari 5 dosanya dan kami catatkan hanya 5 hasanat”.
Kitab catatan amalan terbuka masa hidup
Mati akan digulung
Semasa pengdilan akan dibuka semula DAN Sebelum disoal dan di hisab. Al-Tarmizi berkata,diriwayatkan umar bin al-khattab”hisablah dirimu sendiri sebelum kamu dihisabkan dan bersedialah untuk peristiwa mengadap yg besar.sesungguhnya hisab itu diringgankan kp orang yg menghisab dirinya sendiri di dunia.
Oleh itu kita hendak sentiasa menghisab seterusnya bertaubat supaya buku catatan amalan kita tidak banyak catatan dosa.
TIGA SYARAT-SYARAT BERTAUBAT  Apakah syarat untuk kita hendak bertaubat? Dosa antara hamba Allah dengan Allah
i. meninggalkan maksiat itu/tidak melakukannya lagi
ii.menyesali atas perbuatan maksiatnya yang telah dilakukan-
iii.bercita-cita dan berazam tidak akan mengulanggi lagi maksiat itu buat selama-lamanya.-.
Ditambahkan syarat ini jika dosa manusia dengan manusia
1. Jika maksiat/dosa antara manusia seperti menzalimi harta orang lain maka syarat ke 4
-kembalikan harta di kepadanya
-jika orang itu telah mati atau tak dapat dikesan hilang –kembalikan kp warisnya
-jika tiada waris n x dapat dicari dan tidak mampu berbuat demikian –sedekahkan kepada orang yg paling berhajat
-dan mohon lah pada Allah semoga ia menghalalkan pada hari perhitungan nanti.
2. Dosa/maksiat dengan manusia ii membunuh /mencederakan
-serahkan diri pada warisnya dan meminta halal
-kalau tiada waris bertaubatlah pd Allah semoga ia menghalalkan pd hari pembalasan.
3.Dosa mengumpat/memaki orang ketika marah
-meminta halal pada orang yg berkenaan
-tiada seperti telah meninggal dunia-mohon pada Allah semoga orang berkenaan menghalalkan dihari penghidungan.
4.Dosa atau maksiat mengkhianati isteri atau anak orang-sangat sukar
-minta halal pada suami /bapa/anak2nya
-jika berbuat demikian bimbang akan berlaku fitnah lain yg lebih buruk lagi/resiko  maka bertaubat kepada Allah semoga ia menghalalkan di hari kiamat nanti
5.Dosa pada agama seperti mengkhafirkan orang atau membidaahkannya atau membuat tuduhan2 sesat-sangat sukar
-minta halal pd mereka--jika tidak dapat berbuat demikin bertaubat pd Allah semoga dihalalkannya di akhirat nanti.
5 dosa manusia denga manusia-doa tawaf pusingan ke 6
“ampunkan dosa ku dengan mu Allah dan dosa ku dengan hambamu ku tanggungkan kepada mu ya Allah
EMPAT-AMALAN-UNTUK MEMANTAPKAN TAUBAT
i)Istighfar-dilakanakan sesudah bertaubat. Sabda Rasullah “barangsiap mendahulukan pembacaan istighfar daripada penyesalan adalah dia mempermainkan Allah azzawajalla sedang ia tidak mengetahui yg demikian”
Banyak istighfar –amalkan penghulu Istighfar
1x siang n 1 x malam-sekurang2nya
Rasulllah bersabda- baca dengan yakin siang jika meninggal sebelum malamnya-dia adalah ahli syurga
-baca malam dengan yakin dan jika meninggal sebelum pagi –adalah ahli syrga
ii) Solat sunat Taubat.
Hadis riwayat abi bakar
Tiada daripada seorang lelaki yg melakukan dosa kemudian bangkit,bersuci,solat dan seterusnya beristighfar kp allah kecuali allah menampunkannya.
Solat sunat yang dilakukan semata-mata untuk memohon keampunan drp Allah atas sesuatu kesilapan /maksiat yg telah di lakukan.Bila2 masa shj sebaiknya 1/3 malam,min 2 rakaat,lepas baca al fatihah baca surah ali Imran ayat135(dan apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri segeralah mengingati Allah,lalu memohon ampun atas dosa2 dan siapa lagi yg dapat mengampunka dosa selain dari Allah? Dan mereka tidak akan meneruskan perbuatan dosa sedangkan mereka mengetahui.
iii)Doa istgfar Kubra
Dalam zaman Rasullah terdapat seorang yang fasik dan selalu melakukan maksiat bernama Abdullah Ibnu Al-Syatari.Apabila beliau meninggal dunia,tiada seorang pun ingin menyurus jenazahnya.
Maka malaikat Jibril datang kepada Rasullah dan berkata:Ya Muhammad,tuan hamba uruslah,mandikan,kafankan dan solatkan ke atas jenazah Abdullah Ibnu Al-Syatari,iringi ke kubur dan tanamkan ia”
Maka Rasullah dan para sahabat bersegeralah ke rumahnya dan menguruskan jenazahnya serta mengiringi jenazah ke kubur dengan berjalan di atas dua hujung kasutnya.
Dan apabila sampai keliang lahat Rasullah duduk di sisi kepala jenazah sambil tersenyum.
Para sahabat kehairanan terhadap 2 perkara ini dan bertanyakan kepada baginda.
Maka Rasullah bersabda
baginda berjalan di atas hujung kasutku kerana  melihat ramai malaikat berjalan mengiringi jenazah itu hingga tiada ruang berpijak ke atas bumi  kerana ramainya malaikat.
Baginda tersenyum tadi bila berada di kepala jenazah,kerana melihat beberapa orang bidadari turun dan membawa piala yg berisi al kauthar.Setiap orang dari  sehingga mereka berbantah-bantahan hendak memberi minum kp Abdullah ibnu al syatari. Maka aku pun tersenyum.
Maka Rasullah dan para sahabat ke rumah Abdullah ibnu Syatari dan bertanyakan kepada isterinya perihal perbuatan suaminya itu”
Maka isteri Abdullah pun membuka pintu dan rasullah bertanyakan apakah amalan suaminya sewaktu ia hidup.
Maka sembah wanita itu “Ya Rasullah tiada hamba lihat perbuatanya yg baik hanya yang fasik dan jahat semata-mata,melainkan apabila datang bulan rejab setiap malam ia akan mengerjakan solat sunat 2 rakkat dan diiringi bacaan doa istighfar sehingga akhir bulan rejab’
Rasulllah pun meminta Ali Ibnu abi Talib menulis doa ini hinggaakhir.dan Rasulllah berabda
“Barang siapa membaca Doa Istigfar ini,maka dikurniakan 80 negeri di syurga,setiap negeriterdapat 80 mahligai,setiap satu mahligai mengandungi 80 rumah yang setiapnya ada 80 hamparan dn setiap satu hamparan ada 80 bantal dan setiap satu bantal ada 80 bidadari.”
Oleh itu
Dengan dua perkara yg rasul saksikan itu bermakna Abdullah adalah kekasih Allah.Sebesar mana dosaAllahakan ampunkan dan allah kasih pd hambanya yang bertaubat. Beramalkan Doa Istigfar Kubra ini.
Kenapa lepas bertaubat masih mengulangi maksiat
1.     Hati nya Tidak yakin dengan Taubat nya .ikut hati mati ikut nafsu lesu
2.     Terpedaya dengan musuh2
i)      Tipu daya dan hasutan syaitan/iblis
AL-HIJR 15;39 ‘IBLIS BERKATA WAHAI TUHANKU ENGKAU TELAH MENJADIKAN DAKU SESAT,DEMI SESUNGGUHNYA AKU AKAN MEMPERELOKKAN SEGALA MAKSIAT KP ADAM DAN ZURIATNYA DIDUNIA INI,DAN AKU AKAN MENYESATKAN MEREKA SEMUA”

ii)     Mengikut hawa nafsunya-
Peperangan seorang hamba dengan nafsunya adalah yang paling senget.seorang hamba,menurut syeikhul islam qadir al-kailani,berada di tengah2ii antra allah dan nafsu.seandainya I memenangkan nafsu maka jadilah ia hamba nafsu tp seandainya ia memenangkan allah,maka jadilah ia hamba allah yg menang.

iii)    Salah pilih kawan-rumah-lihat dapurnya,negeri-lihat pasarnya,orang –lihat kawan/sahabatnya
-Riwayat abu said al khudri ra rasullah bersabda-
umat sebelum kamu trdapat seorang lelaki yg telah membunuh 99 orang.kemudian  keinsafan untuk bertauba dia bertanya pd seorang yg diyakininya .Adakah Allah akan menerima taubatnya.Jawapan yang diberkan tidak diterima. Lalu dibunuhnya maka 100 jiwa yg telah dibunuh.-salah pilih kawan tempat bertanya.
-kemudian dia berjumpa seorang alim dan menjelaskan adakah diterima taubatnya kr telah membunuh 100jiwa .orang alim itu berkata ya dan siapakah yg dapat menghalang sesorang dr bertaubat.dan meminta ia Pergilah berhijrah ke sebuah negeri iain kerana di sana ramai kaum yg taat pd allah  dan jangan balik lg  ke negeri ni penuh dengan kejahatan.
-Berangkatlah ia menuju negeri itu tp malangnya sampai dipertengahan perjalanan ajalnya samapai.
Malaikat rahmat berkata” Dia datang dlm kedaan ingin bertaubat dan menghadap sepenuh hati kp alllah.
Malaikat azap berkata”dia belum pernah melakukan satu pun perbuatan baik.
Kemudian datanglah malaikat lain untuk menyelesaikan perselisihan ini.Katanya “ukur jarak antara tempat ia mati dengan dua negeri itu dan yg mana lebih dekat maka dia menjadi miliknya.dan apabila diukur didapati negeri yg hendak ditujunya itu lebih dekat.maka diambil oleh dia malaikat rahmat.-hr bukhari dan muslim.
Walau sebanyak mana dosa pun jika bertaubat Allah akan mengampunkannya.
Sebab terjerumus kembali-hati,nafsu,syaitan,kawan-benting setelah bertaubat lakukan 3 amalan untu mantap.
Kesimpulan-sebagai hamba janganlah berputusasa hendaklah bertaubat untuk memohon ampun kepada Allah suatu sifat kepujian yang lahir dari ketaatan batin dan amat beruntunglah bg orang yg diterima taubatnya.
PENUTUP
-Semoga mendapat manaafaat daripada perkongsian tadi 4 perkara
Kenapa kita perlu bertaubat
Syarat taubat
Ibadah untuk memantapkan taubat
Kenapa setelah bertaubat masih mengulangi maksiat
-Yang baik itu semuanya dari Allah, tp yg kurang itu dari diri sy sendiri.
Selamat menyambut hari raya aidil fitri dan ingat kita masih lagi dalam kawasan kawalan pergerakan-sederhana
-DOA
Surah al mutahahah 60:4-5
Rabbana a’laikatawakkalna wailaika  anabna wailaikal mashir.
Rabbana la taj a’lna fitnatal ,lil lazi nakafaru wagfirlana
rabbana innakaan tal a’zizulhakim.
“Subha na kallah waBiham di ka asha duanl la illahhailla an ta as tag firuka wa atu bu iliaq”
Wabilaha hitaufik walhidayah
Assalamualaikum Jom kita tutut negeri akhirat
       
Rujukkan
Buku Doa2 Kubra Fadhilatnay
Buku solat taubat –dr zulkifli mohamat
HIMPUNAN KISAH2 MAIKAT-MOHAMMAD ISA SELAMAT
AMALAN ORANG SOLEH-USTAZ MUHADIR HJJOLL-GALERI ILMU
KAIFIAT &
RANGKAIAN CERITA ALQURAN OLEH BEY ARIFIN-PUSTAKA NSIONAL SINGAPORE 



Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PERASMIAN PADANG BOLA SINTETIK SMK KADOK

MESYUARAT AGONG PIBG KE 42,PENYAMPAIAN BAP &PENETAPAN KPI KURIKULUM

29Julai 2017 Trip Aceh... Gunungan