TAKUT ALLAH


LIVE 6
LIVE KE 6 TARIKH : 29MEI 2020 JAM 11AM TEMPAT DEWAN CITRA
KETAATAN BATIN-IBADAH DI DALAM HATIKU:TAKUT ALLAH
-BIS ,
-ALHAMDULILLAHI RAMBIL ‘ALAMIN
WASSA TUWASALA  MUA’LA  ASARAFIL  MURSALIN,
WA A’LA  ALIHI WAASDBIHI  AJMAAIN
-RABBIS
-RABBI ZIDNI ILMAA
-RABBANA AATINA MIL LADUNKA RAHMATAW WAHAYYI’LANA MIN AMRINA RAASYADA
-SELAWAT
-assalamualaikum wkt bersyukut dapat bertemu lagi
Slot kali ini kita focus TAKUT ALLAH ii sifat kepujian yg lahir dari ketaatan batin yg ke 2
KENAPA KITA  HAMBANYA PERLU TAKUT HANYA PADA ALLAH
QS AL MAIDAH:44(5:44)
FALA, TAHQ SHAWON NASA ,WAHQ SHOWN
‘Maka janganlah engkau takut pada manusia dan takutlah kepadaKU’
Kita hendaklah takut hanya pada Allah bukat takun pada manusia untuk menegakkan kebenaran yg Allah telah tetapkan..
QS AL IMRAN:175
“FALA TA HQA FUHUM ,WA HQA FUN”
‘Janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKU’
Janganlah kita takut kp syaitan dan orang2 yang setia dengan syaitan ii orang kafir sebaliknya hendaklah kita takut hanya kepada Allah.
Sabda Rasullah saw “ A NA AQ WA FU KUM LILLAH” maksudnya “sebenarnya akulah orang yg paling takut kp allah”
Manusia yg paling takut pada Allah ii manusia yg mengenal dirinya dan mengenal akan zat tuhannya.
5 PERSOALAN INI DAN DIMANAKAH KITA
1.Takutkah kita kpada Allah?
2.Apakah kita benar2 takut pada Allah?
3.Atau kita takut pada mahluk melebihi takut pada Allah?
4.Adakah kita hanya takut pada mahlukNya dan tiada perasaan takut pada Allah?
5.Sejauh manakah darjat ketakutan kita pada Allah?
Oleh itu renungkan dimana kita.


-CERITA BAGAIMANA ORANG YANG TAKUT PADA ALLAH.
Dari Kitab MAJMA’UL LATHAIF.
1.Di zaman Nabi Musa..seorang LELAKI ABID DARI BANI ISRAEL menanggung keluarga yg ramai.Dia telah ditimpa kecelakaan yg menyebabkan tidak mampu mencari nafkah untuk keluarganya .Dia pun meminta isterinya membuat sesuatu bagi  menanggung keluarga mereka.
2.Perempuan itu pun pergi k rumah orang kaya untuk meminda makanan.Orang kaya itu bersetuju untuk memberi makanan akan tetapi dengan syarat kata nya “Baiklah tapi serahkan DIRIMU UNTUK KU BARANG SEBENTAR.” Perempuan itu terkejut lalu pulang ke rumahnya tanpa membawa sebarang makanan.
3.Apabila sampai ke rumah ia terlalu sedih dan hipa  melihat anak2nya merengek2 meminta makanan dan menderita kelaparan.HATINYA PILU X TERTAHAN LALU KEMBALI SEMULA KE RUMAH ORANG KAYA tadi dan mnceritakan keadaan sebenar keluarganya. Orang kaya itu berkata “Adakah engkau telah bersetuju dengan permintaanku”.Prempuan itu mnggangguk tanda setuju.
4.Ketika berada dalam BILIK YANG SUNYI sepi bersama orang kaya itu,tubuh badan perempuan itu menggeletar seolah2 anggota badannya hendak terlepas.Orang kaya itu pun bertanya kenapa ia berkadaan sedemikian.
5.Perempuan itu benjawab “SEBENARNYA AKU TAKUT PADA ALLAH”. Orang kaya itu berkata,”ENGKAU TAKUT KEPADA ALLAH BERSAMA KEFAKIRANMU.MAKA SEMESTINYA AKU LEBIH TAKUT DARIPADA ENGKAU”Maka diberhentikanya keinginnannya kepada permpuan itu dan diberikan apa sahaja yg diminta olehnya sehingga ia menjadi senang penghidupan mereka anak beranak.
6.Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as “KATAKAN KEPADA SIFULAN BIN SI FULAN.AKU TELAH MENGAMPUNKAN DOSANYA.Nabi Musa pun pergi k rumah orang kaya tadi dan berkata “Barangkali engkau telah membuat sesuatu kebaikan antra mu dengan Allah?”Orang kaya itu pun menceritakan apa yang telah berlaku dan Nabi Musa berkata,”Sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosamu”.
7.Daripada cerita ini dapat kita lihat
Isteri kepada lelaki abid dan orang kaya itu takut kepada Allah dan dengan kehebatan ketaatan batin ii takut kepada Allah inilah mereka tidak berani melakukan zina/maksiat walaupun tiada orang yg melihat mereka.
Orang kaya yang takut pada Allah tadi serta dapat menundukkan hawa nafsunya mendapat ganjaran diampun kan dosa2nya.
Itulah anugerah Allah yg paling berharga.
KENAPA KITA TAKUTKAN ALLAH ?
A)3 SEBAB KENAPA KITA PERLU TAKUT KEPADA ALLAH
1. Selaku hamba mestilah takut kepada Tuan ii Allah kerana Ia mempunyai sifat2 mulia dan terpuji dan ia maha berkuasa keatas sesuatu.Jika Allah hendak menjadikan sesuatu hanya berkata “KUN FA YAKUN”Allah maha pencipta. Mesti rasa takut dan mengharap.allah adalah raja kepada sekelian raja.Allah maha pencipta.
Maka Hendaklah kita takut kepada kekuasaanNya jika Allah mengkehendaki nescaya dihancur leburkan alam ini berserta segala isinya sehingga tiada siapa pun yang boleh dapat menahan dan melarang kodratNya.
2.Selaku hamba sentiasa lalai,lupa dan melakukan kesalahan,melanggar perintah Allah dan tidak melakukan sepenuhnya suruhanNya.
Menyesali atas dosa dan maksiat yg telah dilakukan lalu bertaubat kp Allah dan takut kp Allah lalu bercucuranlan deraian air matanya.
3.Adanya alam lain selain  dunia yg sementara  ini ii negeri akhiran yg kekal selamanya.
Selepas hidup di dunia adanya kematian,siksaan alam kubur,haru hara hari kiamat,hari kebangkitan semula,sengsara di padang masyar,cemas detik pemberian buku catatan amalan semasa di dunia,mahkamah Allah/hisab,mizan,titian siratul mustaqim dan akhirnya Syurga yang penuh kenikmatan atau Neraka yang penuh dengan azap.
Itulah sebab kita perlu takut pada Allah.
  TANDA TAKUT KEPADA ALLAH BOLEH DILIHAT KEPADA 5 PERKARA
1.PADA 7 ANGGOTA BADANYA
 Ia menjaga akan 7 anggota badannya Menghindari melakukan maksiat
1. TANDA PADA LISAN
Menghindari dari pada maksiat anggota lidahnya-dusta,ghibah,menyebar fitnah atau berbual kosong
Malah sibokkan diri dengan zikir,membaca al quran dan muzakarah ilmu.
2.TANDA PADA PANDANGANNYA.
Dia tidak suka memandang makanan,minuman,pakaian dan lain2 yg haram.
Tidak terpikat pd dunia tetapi memandang dengan mengambil iktibar.
Sekarang ini maksiat di tangan dan didalam rumah kita dengan adanya gejet2 yang sarat dengan perkara buruk dan baik.Segala yang haram seperti pornografi ,film dan vedio lucah..hanya  dihujung jari shj.Orang yang takut pada Allah tidak melakukan maksiat sedemikian.
3.PERUTNYA
Tidak diisi dengan makanan dan minuman haram kerana dosa besar.Tidak mengambil wang2 suapan atau rasuah untuk di berikan kepada keluarga serta anak tersayang.Tidak mencuri masa dan tidak tanggungjawap ke atas amanah atau tugas jawatan yang di berikan kerana perkara sedemian akan sabit dengan upah atau gaji yang akan kita terima dan gunakan untuk kita serta keluarga kita.
4.KEDUA TANGANNYA
Tidak menggunakan untuk perkara haram tetapi tangan digunakan untuk taat apada Allah.Tangan dan jari jemari kita amat mudah melakukan maksiat atau dosa dengan perantaran media social seperti fb, whaapap group,ig dan sebagainya.Maka takutlah kepada Allah untuk memuat naik atau share sesuatu perkara agar kita tidak menggunakan kedua tangan kita kepada dosa dan kemungkaran.
5.PADA LANGKAH KAKINYA,
Tidak berjalan untuk maksiat hanya berjalan untuk taat pada Allah’mencari redha Allah serta untuk pergi bergaul dengan para ulama dan ORANG2 soleh.Menahan diri dan tidak mengikut hawa nafsu pergi ke pusat2 hiburan kerana takut akan seksaan Allah.Hikmah disebalik pendemik wabak corona virus,pusat2 hiburan aktiviti social tidak dapat beroperasi.Teruskanlah norma baru ini walaupun selepas wabak ini berakhir kerana kita takut pada Allah.
6.KEDUA BELAH TELINGANYA-tidak mendengar perkara2 yang  haram dan melalikan.Tidak suka mendengar ghibah  dan hasutan yang membawa kePADA DOSA.
7.MENJAGA ANGGOTA KEMALUAN-memelihara kehormatannya tidak menghampiri zina,pergaulan bebas,LGBT-lesbian,gay,bisexual dan transgender.
Sebaliknya mencari yang halal dengan sebuah perkahwinan.Jangan membuat alasan pkp tetapi lakukan  yg wajib ii majlis pernikahan yang sederhana masih boleh dilaksanakan.Bala pendemik yg disebabkan virus covid19 memberi hikmah disebalik wabak- majlis perkahwinan yang gilang gemilang terpaksa ditukar sekadar majlis pernikahan yang AMAT SEDERHANA.-norma baru
2.PADA HATINYA
Dia membuang segala maksiat batin yang berpunca di dalam hatinya.
Membuang rasa permusuhan dan kedengkian terhadap saudara mara,sahabat dan jiran tetangga kerana kedengkian boleh menghapuskan kebaikkan.
Hasad ialah penyakit hati yg amat bahaya.Tidak ada ubat bagi penyakit2 hati selain dari ilmu dan amal.
Oleh itu marilah kita Mensucikan hati dari maksiat batin.
3.PADA TINDAK TUNDUK TIDAK MENGIKUT HAWA NAFSU. Nafsu  yang sentiasa mendorong manusi kepada kejahatan dan tidak takutkan Allah.
4.PADA SEGALA PERBUATAN TIDAK TERTIPU DENGAN BISIKAN SYAITAN yang menyesatkan.
5.TERLIHAT PADA KETAATANNYA, WARAK ,KETAKWAANNYA DAN ZUHUDNYA
QS AL HIJR AYAT 45
“Sesungguhnya orang-orang yg taqwa dalam kebun-kebun bunga dan mata air’
Orang2 yang bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya Allah akan menjajnjikan syurga yg indah terdapat naman2 bunga dan mata air.
Kemuliaan seseorang terletak pd ketakwaannya pada Allah sementra kehinaan sesorang itu  terletak pada kemaksiatannya terhadap Allah.
B) MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
Takutkan Allah lahir keinsafan  maka berderailah air mata.
SABDA RASULLAH SAW-ibnu abas
‘Aku mendengar rasullah saw bersabda,dua jenis mata yang tidak disentuh oleh api neraka ii mata yang menanggis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah”
Dari deraian air mata maka gugurlah dosa.
Orang yang menangis kerana takutkan Allah tidak akan disentuh oleh api neraka.
BAIHAQI MERIYATKAN DARI AL ABAS BIN ABD MUTALIB RA BERKATA
“Rasullah saw bersabda                
“Apabila gementar seorang hamba kerana takutkan Allah maka gugurlah dosanya seperti  gugurnya dedaun kering”
Perasaan takut lahir dari ketaatan batin lalu memikirkan bagaimana  nasib kita/apa kita kita bawa
saat kematian
Di alam kubur dan siksaan
Huru hara Khiamat dan Di hari pembalasan
Takut seksaan allah
Takut pd neraka
-DARI KITAB BIDAYATUL HIDAYAH
1.Manakala kiamat datanglah api yg bergemuruh yg menggetarkan setiap umat hingga terdengar dari jarak 500TAHUN.Setiap orang datang berjumpa para nabi untuk meminta pertolongan tetapi  mereka berkata “nafsi-nafsi” sendiri-sendiri ,kecuali nabi Muhammad saw .Beliau berkata “umatku umatku.
2.Kemudian keluarlah api seperti gunung,umat Mohamad berusaha menolaknya sambil berkata” Demi  orang2 yg bersolat,demi orang yg shiddiq,demi orang yg khusuk dan demi orang yg berpuasa kembalilah engkau wahai api.Tetapi api yg besar itu tetap tidak kembali.
3.Jibril as berkata “sesungguhnya api itu hendak membakar umat nabi Muhamad”
4.Lalu Jibril mendekati nabi Muhamad dengan membawa segelas air dan berkata “ambillah air ini dan percikkan pada api itu” Seketika itu api itu pun padam.Lalu nabi bertanya air apakah ini.Jibril pun berkata,”Inilah airlah air mata umatmu yang menangis kerana takutkan Allah.
5.Betapa mahalnya dan hebatnya air mata hamba allah yang menangis di sisi Allah kerana takut kepada Nya.
Para penonton sahabat sekelian.
6.Adakah pernah kita menangis kerana takutkan Allah. Menangis takut kan allah ini kita tidak dapat lakonkan,ia lahir dari  dalam hati dari ketaatan batin.
Maka kita perlu menjadi orang yg byk menangis di muka bumi ini bukan orang yg byk ketawa yg boleh mematikan hati.




C)4 KELEBIHAN KURNIAAN ALLAH PD ORANG YG TAKUT PDNYA.
1.MENDAPAT PETUNJUK DAN RAHMAT.
Surah Al A’araf ayat 154 ‘dan apabila kemarahan Nabi Musa reda,ia pun mengambil lauh2 Taurat yg didalamnya terkandung petunjuk dan rahmat,bagi orang2 yg sunguh2 takut kp Tuhannya”
Oleh itu Orang yang takut kepada Allah sentiasa diberi hidayah dan rahmat.Takut akan dosa yang banyak dan mereka sentiasa bertaubat.Mereka sentiasa berada dijalan yang lurus.
2. BERILMU
Surah Faathir ayat 28”  Dan demikian pula manusia,binatang2 melata dan binatang ternakan berbagai-bagai jenis dan warnanya,sesungguhnya yang takut  kepada Allah di antara hambaNya ialah orang2 yang berilmu pngetahuan,Sesungguhnya Allah maha kuasa dan maha pengampun.
Takut kepada Allah dengan mengenal zatNya dan mengenal sifat2Nya.Dia maha pencipta menjadikan manusia berbagai bangsa,warna kulit,pelbagai Bahasa,dalam diri manusia itu pelbagai ilmu yang kita perolehihi,Lihatlah bagaimana Allah mengatur system pernafasan kita,system pertahanan tubuh badan kita.
Begitu juga lihat penciptaan Allah kepada haiwan ternakan dan yg melata perbagai jenis dan warnya.Kita lihat penciptaan virus corona begitu unik dan cantik warnanya,penciptaan mahluk oleh Allah  yang sebegitu seni dapat mengharu harakan dunia dengan pendemik.Kita tidak takut kepada corana virus sebaliknya kita takut kepada  siksaan dan kuasa Allah
Maka takutlah kepada Allah akan sifat dan kekuasaanNYa .Orang yang takut pada Allah adalah orang yang berilmu seperti para rasul,para nabi,para sahabat dan para alim ulamak.
3.MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
Surah Al Bayyinah ayat 8
Radiyallah hu‘anhum waradhu ‘anhu “allah redha kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya”
4. DIJANJIKAN SYURGA
Ini lah kemenagan hakiki ,vision dan matlamat kita
Surah an naazi’aat, ayat 40-41(79)
“Adapun orang yang takut akan kebesaran TuhanNya dan menahan diri dari hawa nafsu,maka sesungguhnya syurga tempat tinggal mereka”
Surah ar-Rahman ayat 46
“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap TuhanNya disediakan 2 syurga”
Alangkah beruntungnya ,Orang yang takutkan Allah tidak akan tunduk dengan hawa nafsunya,mereka akan taat pada perintah Allah dan menjauhi segala maksiat dan Allah janjikan untuk mereka kemengan yang hakiki negeri akhirat ii syurga
Sampai di sini sha slot kita untuk kali ini
Semoga mendapat manaafaat daripada perkongsian tadi berkatan dengan Takut Allah ii 4 perkara
1.Kenapa kita perlu takut pada Allah
2.Tanda sesorang yang takutkan Allah
3.Menangis kerana takut Allah
4.Kelebihan atau kuniaan Allah kepada orang yang takut padaNya
-Yang baik itu semuanya dari Allah, tp yg kurang itu dari kelemahan sy sendiri.mohon ampun dan maaf
Selamat menyambut hari raya aidil fitri dan marilah kita melaksanakan puasa sunat 6 hari dibulan syawal ini yang Allah berikan gandaan ganjaran atas ketaatan kita insyaalah 6 hari bersamaan berpuasa setahun dengan syarat kita mengerjakan puasa wajib sebulan di bulan ramadhan.
-DOA
Surah al mutahahah 60:4-5
BIS
SELAWAT
RABBANA A’LAIKATAWAKKALNA WAILAIKA  ANABNA WAILAIKAL MASHIR.
RABBANA LA TAJ A’LNA FITNATAL ,LIL LAZI NAKAFARU WAGFIRLANA
RABBANA INNAKAAN TAL A’ZIZULHAKIM.
“SUBHA NA KALLAH WABIHAM DI KA ASHA DUANL LA ILLAHHAILLA AN TA AS TAG FIRUKA WA ATU BU ILIAQ”
WABILAHA HITAUFIK WALHIDAYAH
Assalamualaikum Jom kita tutut negeri akhirat dan takutlah kp Allah
Sekian terima kasih.
Rujukkan
1.Buku Penyucian Jiwa-Utz Hj Othman Hj Ibrahim/Darul Mukmin
2.Ramuan Ubat –Mukasyafah al Qulub-Thinkers Library
3.Buku Bimbingan Mukmin-Iman Ghazali-pustaka nasional singapura

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PERASMIAN PADANG BOLA SINTETIK SMK KADOK

MESYUARAT AGONG PIBG KE 42,PENYAMPAIAN BAP &PENETAPAN KPI KURIKULUM

29Julai 2017 Trip Aceh... Gunungan