SYIRIK


LIVE 8 TEMPAT DWAN CITRA MASA :11AM TARIKH  12 JUN 2020
TAJUK :SYIRIK .
-RABBI ZIDNI ‘ILMAA
        I.            Cerita pengalaman- yang masih dalam ingatan
     II.            Menziarai kubur –menyeru orang alim yg telah meninggal duni-sebagai perantaraan                                                                                             memohon hajat/nazar
  III.            Mandi safar-tolak bala
1. LOKMAN AL-HAKIM
FIRMAN ALLAH
Lukman :13

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
MESEJ ALLAH
LOKMAN yg dikurniakan kebijaksaan oleh Allah memberi nasihat kp anaknya supaya tidak menyekutukan /mensyirikkan Allah kerana Allah menegaskan perbuatan syirik itu kezaliman yang besar.
TINDAAKAN KITA
Mencontohi Lokman sebagai seorang ayah yang dikurniakan kebijaksanaan oleh Allah, agar dapat menasihati anak2 dan memastikan anak2 menjauhi apa2 perbutana syirik.
Itulah tanda kita sayangkan anak.
Membimbing dan memastikan anak2 tidak melakukan syirik Kerana perbuatan syirik itu adalah suatu kezaliman yg besar/dosa besar menzalimi diri sendiri diri sendiri allah x  ampunkan dosa.
Mensekutukan Allah dengan mahluknya ciptaanNya adalah suatu kebodohan yg nyata sedangkan kita diberi akal fikiran yg waras.
Adakah maha pencipta standing dengan yg dicipta seperti mahluk2nya ,manusia hamba Allah,alam ini dan lain2 lagi
Oleh itu hendaklah kita serta keluarga kita menjauhi perbuatan syirik ii mensekutukan Allah dengan yang lain.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

MESEJ ALLAH
Allah tidak mengampunkan dosa syirik tetapi mengampunkan dosa2 yang lain kepada sesiap yang Ia kehendaki. Kerana syirik adalah dasa besar.
TINDAAKAN KITA
Jauhilah syirik pada Allah  dan sebagai hambanya hendak lah bertaubat kerana hanya Allah yang menerima taubat.
2. MAKSUD SYIRIK-menjadikan Allah sekutu dengan yg lain/makhluk Allah
berkongsi/syarikat/berpakat/menyekutukan serupa/sama  dengan mahlukNya
-mensekutukan Allah dalam- Perkataan Perbuatan-penyembahan Kepercayaan/iktikad
3.SEJARAH SYIRIK
"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.”
Ketua mengajak ke jalan sesat/tipu daya/hasutan kp orang yg goyang pendirian
Jangan biarkan,tuhan2,dewa pujaan/berhala-tempat permohonan hajat.
5 berhala ini x dibiarkan di kritik orang/diruntuhkan/perlu dipertahankan
Asal anak nabi adam,orang baik /taat alim/masa hidup dipuji akan kebaikannya
Bila meninggal dunia-terkenand jasa lalu dipuji dan dijuja Akhirnya penyembahan.
4. BAHAYA SYIRIK
.Kemurkaan Allah-Allah maha pencitpa kenapa persekutukan dengan yang Allah cipta
Jijik/bodoh-menyamakan pencipta dengan yg dicipta-sepatutnya manusia mempunyai akal fikiran
-Berlawanan dengan tauhid-ucapan kalimah syahadah
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan allah,dan muhamad itu pesuruh allah
Sebuh 1,zohor 2x,asar 2x,magrib 2x,isha 2x=9x
So syrik berlawanan dengan kalimah taufid dan memecahkan keesaan allah
-kezaliman yg besar-menginaya diri sendiri dan allah x ampunkan  dosa yg sangat besar -neraka
-menghina Allh –hadis kursi ms11 buku syirik ab aziz
-Allah x perlu sekutu
Hadis kursi ‘allah tidak perlu kongsi2 yg boleh disyarikatkan.barang siapa yg membuat sesuatu dengan mensekutukan Aku,akan Aku tinggalkan dengan sekutunya
-manusia sbg hamba
.Dosa paling besar- musuh utama membatalkan islam
 tidak di ampunkan oleh allah
5.DOSA BESAR-Abu Talib Al-Makki
Dari Hati 1. Syirik 2. Terus menerus melakukan maksiat 3.Putusasa dari rahmat Allah
4.Rasa aman dari balasanNya
Lidah-5. Bersaksi bohong 6.Menunuh orang berzina 7.Shihir-melakukannya 8.Sumpah palsu
9.Minum arak 10’Makan harta anak yatim dengan menanaya
Alat kelamin-12.Zina ,13.Liwat
Tangan- 14. Membunuh 15.Mencuri
Kaki-16.Lari dari medan perang
17.Derhaka ibu bapa
6.KATEGORI SYIRIK-SYIRIK BESAR,SYIRIK KECIL,SYIRIK TERSEMBUNYI
SYIRIK BESAR melibatkan aqidah terbahagi 4
1.Syirik dalam permintaan,pertolongan dan doa
“Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.”
MESEJ :
Allah membuat perumpamaan dalam kita belayar bahtera ,ditengah laut taufan,badai,ombak besar ,inginkan keselamatan sampai dataran/destinasi-maka takala susah mohon pada Allah dengan iklas tetapi apabila selamat sampai mengatakan ketua/kelasi kapal ini lah yg menyelamatkan meraka.Maka kejayaan yg dikurniakan oleh Allah disekutukan kepada Allah dan manusia
Apabila susuah/bala/musibah-ingat pada Allah n memhon padaNya –berdoa
Tetapi bila Allah selamatkan,mereka lupa dan menyekutukan Allah
TINDAKAN:
Dalam keadaan susuh-mohon pd Allah dengan tulus iklas
Tetapi-Kejayaan terbahagi 2 Allah dan ketua
2,SYIRIK DALAM NIAT DAN KEHENDAK
(Hud 11:15)  
“Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.”
“Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.”

 MESEJ:Berkerja dan berusaha niat dan kehendak hanya untuk mendapat keuntungan keseronokkan di dunia shj tanpa memikirkan untuk akhirat tidak kenal halal/haram dosa maka Allah akan berikan pada mereka tanda dikurangkan sedikit pun
Ch orang kafir-dunia adalah syrga bagi meraka
Maka golongan seperti ini tidak mendapat apa2 di akhirat sebaliknya Allah akan mengazap neraka.
TINDAKAN –Janganlah mengerjakan sesuatu amal semata-mata untuk mengejar keuntungan keseronokkan keduniaan sahaja. Sebaliknya lakukan sesuatu mengikut panduan Al Quran dan hadis.
Tidak mendapat habuan di akhirat.




3.SYIRIK DALAM TAAT
“telah mereka ambil guru-guru mereka dan pendita-pendita mereka menjadi tuhan-tuhan selain drpd Allah dan al-Masih anak Maryam.padahal tidaklah mereka diperintahkan, melainkan supaya menyembah Allah tuhan yang maha Esa, tidak ada tuhan melainkan Dia. Maha suci Dia daripada apa yang mereka sekutukan.”
*Guru= Pendita Yahudi
*Pendita=Pemimpin Agama Nasrani

MESEJ: Mereka menjadikan pendita2 dan ahli2 agama sebagai pendidik/tuhan selain dari Allah begitu juga nabi Isa

Sedangkan mereka tidak diperintah menyembah Tuhan selain Yang Maha Esa,tiada Tuhan melainkan allah ,maha suci Allah dari yg mereka sekutukan.

TINDAKAN: Menjauhi mensekutukan Allah dengan ketaatana selain dari Allah


4.SYIRIK DALAM KASIH SAYING
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).”

Ada manusia mencintai yg lain selain dari Allah,seperti mereka mencintai Allah
Dengan memuja dan taat
Cinta mereka telah terbahagi-tidak lagi mentauhidkan Allah
Orang beriman ,terlebih cinta pd Allah,kalau pun ada rasa cinta kp yg lain hanya kerana didorong oleh cintanya kp Allah
Maka cinta hanyalah satu /taat kp Allah
Orang yg syirik ii orang yg zalim kp dirinya sendiri
akhirat nanti-Segala tandingan  /mahluk yg disyirikkan kp Allah itu tiada kekuatan kekuasaan
Allah akan mengazap pedih dan tandingan itu x dpt menolong
Maka orang yg memecah cinta disebut zalim/inaya diri sendiri.
Alangkah ruginya

SYIRIK KECIL-riak –iii niat untuk dipuji orang dalam melakukan ibadat


SYIRIK TERSEMBUNYI-suka sedikit kezaliman dan benci sedikit kp keadilan
HADIS
“Syirik itu lebih tersembunyi drp rayapan semut di atas batu pd waktu malam yg gelap.Sekurang2nya yg membawa kp syirik itu ii sukakan sedikit kp sesuatu kezaliman dan bencikan sedikit kepada keadilan.tidakkah agama itubkasih kr Allah dan benci kerana Allah”
7. TANDA-TANDA SYIRIK/amalan membawa syirik
1. Percaya kuasa selain Allah-kuasa mahluk Allah spt bintang,bulan,matahari
2.Menghalal dan mengharam-mencampuri hak Allah dalam mengharapkan dan menghalalkan yg allah telah tetapkan.
3.Mengetahui yang ghaib-Allah shj yg mengetahi yg ghaib
Golongan syiah yg melampau-anggap imam/para pemimpin-tahu yg ghaib
Ajaran sesat-Ajaran ayah Pin-menyamakan dia gan Allah Tahu yg ghaib-zahir dan batin
4. Syak-tidak yakin
‘Allah berkuasa atau tidak’/‘Allah adil ?’/“Undang2 Allah itu adakah baik n sesuai?’
 5.Sujud kepada selain Allah-Sujud pd berhala-kufur dan syirik-Hok sujud n rokok-hak Allah
6.Mengagungkan seorang keterlaluan-Membesarkan dan mengagongkan hamba Allah melebihi/sama  Allah
“Apa yang tuan kehendaki pasti akan berlaku”
7.Faham Wahdatul Wujud-Ajaran kesufian-kononnya manusia akan sampai kp makam tertentu-maka bergabung dirinya dengan Tuhan-maksud wahdatul Maka keluar dr agama kerana menyamakan Allah dengan makhluk.
8.Menyeru di kubur Wali-Pergi ke kubur wali dan menyeru
Ch “ Wahai Syeikh Abdul Qadir Jailani,selamatkan aku”/Wali sebagai penghubung dengan Allah/Pengalaman- nasar,bawa makanan atas kubur
9.Menyamakan undang2 Allah Syirik pd perkataan ,menyamakan undang2 Allah dengan undang2 buatan manusia Syirik menyamakan kebijaksanaan Allah dengan mahlukNya
10.Ikut guru tak ikut rasul “Saya mengikut solat guru saya” “Saya mengikut nasihat pemimpin saya”/Ia lebih baik atau sama gan nasihat Rasullah”
11. Tangkal/benang hitam dan mentera


KESIMPULAN-TIP2-JAUHKAN SYIRIK :
1. JAUHKAN SYIRIK Lakukan perbuatan  iklas hanya kerana Allah jangan mensekutukan Allah dalam 1-PERKATAAN 2.PERBUATAN 3.IQTIQAD-KEYAKINAN DALAM HATI 4.SYAK/RAGU2
2. RIAK-UNTUK DIPUJI ORANG BUKAN KR ALLAH-IKLAS KERANA ALLAH.sembunyikanlah apa2 kebaikan yg dilakukan
3. SENTIASA BERTAUBAT DAN MOHON PADA ALLAH
4. Khusyuk dalam sembahyang dengan memahami dan menghayati erti setiap bacaan.
a)      Doa iftitah
Sentasa membaca doa iftitah dlm sembayang walauapun sunat kerana ada doa dicitu untuk jauhi syirik

.
Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi dengan segenap kepatuhan dan kepasrahan diri,dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang menyekutukan-Nya.

b)      Surah al-Fatihah 17x
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

c)      Bacaan Shahadah dalam Tahiyat awal dan akhir.1.2.2.2.,2=9x

5.Doa mnyelak dari syirik diamalkan setiap masa dalam buku al-mathurat
Yang baik itu semuanya dari Allah, tp yg kurang itu dari kelemahan sy sendiri.mohon ampun dan maaf
Text Box: Ya,Allah,kami berlindung pd Allah dr menyekutukan Engkau dengan sesuatu yg kami ketahui dan kami mohon ampun dr menyekutukanMu dengan sesuatu yg tidak kami ketahui

 WABILAHA HITAUFIK WALHIDAYAH
JOM KITA TUTUT NEGERI AKHIRAT
ASSSALAMUALAIKUM TQ



Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PERASMIAN PADANG BOLA SINTETIK SMK KADOK

MESYUARAT AGONG PIBG KE 42,PENYAMPAIAN BAP &PENETAPAN KPI KURIKULUM

29Julai 2017 Trip Aceh... Gunungan