SIHIR


-RABBI ZIDNI ‘ILMAA
TAJUK :SYIHIR
PENDAHULUAN:pengalaman masa kecil sesorang terkena pelesit,

Apakah yang dimaksudkan sihir
1.    Al-Sihru bermaksud halus dan lembut.-menggunakan roh2 jahat syaitan/iblis/jin

Menurut al-Azhari iaitu mengalahkan sesuatu daripada hakikat sebenar,melihatkan kebatilan dalam bentu seperti sebenar.

Al Jauhari -al-sihru bermaksud azimat atau mantera yang semata-mata suatu penipuan
Al QURTUBI-penyamaran,trik iaitu penipuan muslihat yang memberi hayalan kp mangsa syihir
Sesuatu bukan bentuk sebenar seperti -fatamorgana dari jauh nampak seperti lopak air.-aneh luar logic manusia
Contoh ,silab mata,
Abu Hayyan
1.ubah pandangan yg menyerupai mukzizat dan karamah-terbang,ge jarak jauh dengan sekejap
2.pemalsuan,penipuan spt silap mata
  permainan tipu daya spt tukang2 sihir firaun
4.kerjasama dengan jin dan perkhidmatan jin-hantu raya/harimau jaga rumah
5.benda dihimpun dan dibakar dan bacaan jampi serapah-minyak mati bunuh,santau
6.azimat2 /tangkal di buat berdasarkan bintang2/berkhidmat kp syaitan
7.perkataan2 yg dicampur dengan perkataan kufur-jampi serapah

Surah jin ayat 6
`Dan bahawa sesungguhnya ada beberapa orang dari manusia,
 menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,
kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.’

MALAIKAT HARUT DAN MARUT
Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).

MASEJ ALLAH
1. Diutuskan nabi Mohamed sbg rasul untuk menyatakan kebenaran kitab suci terdahulu yang ada mereka
2.Sebahagian dari orang Yahudi yg telah diberi kitab/Taurat,mencampakkan kitab itu kebelakang iaitu tidak mengamalkan dan tidak menerima kitab suci kerana kesombongan dan keras kepala
3.Seakan-akan mereka tidak mengetahui kebenaran kitab suci itu yang diturunkan oleh Allah kepada insan mulia.


ASBAABUN NUZUL-SEBAB TURUN AYAT-Ibnu Jarir meriwayatkan daripada  Syahr bin Hausyab,dia berkata

Orang2 Yahudi berkata ,”Lihatlah Muhammad ! Dia telah mencampurkan yang hak dan batil.
Dia menceritakan Sulaiman sebagai salah seorang nabi.Pada hal dia bukan nabi.
Dia hanya seorang tukang syihir yang dapat menaikkan angin”.
Maka Allah pun menurunkan ayat ini.



1.Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
2.    Zaman pemerintahan Nabi Sulaiman, ada segolongan manusia yang membelakangi kitab Allah (dari ayat 101) dan mengikut ajaran syihir yang diajar oleh syaitan2.
Syaitan2 yang mengajar syihir ini adalah merupakan golongan iblis/jin  yang halus dan golongan manusia yang kufur kerana mengamalkan sihir ini.


2.padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu,
akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon),

3.    Golongan ini juga menuduh Nabi Sulaiman murtad (tuduhan -setelah hari tuanya kerana terpengaruh dengan isteri2 dan gundik2nya yang menyembah dewa2 dan berhala berhala).
Mereka juga menuduh Sulaiman memelihara kerajaannya dengan kekuatan syihir.
Lalu Allah menegaskan dalam ayat ini bahawa Nabi Sulaiman tidak kafir dan nabi Sulaiman tidak mengamalkan syihir.

4.    Sulaiman adalah nabi yang dikurniakan oleh Allah mukzizat2 dimana mukzizat ini adalah bukan syihir.,seperti dalam firman Allah
5.    Nabi Sulaiman adalah utusan Allah yang diberi pelbagai mukzizat serta Nabi Sulaiaman adalah Nabi dan juga Raja atau pemerintah yang Allah telah berikan suatu kerajaan yamg tiada tolak bandingannya kehebatan sehingga kini dan selamanya,seperti dalam Firmat Allah

6.    (Saad ayat 35)
Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".

7.    Nabi Sulaiman mempunyai kerajaan yg hebat penuh teknologi canggih dengan mukzizat Saba ayat :12
.Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya:
sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan,
dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan;
dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.

8.    An Naml ayat 17

Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

9.    Akan tetapi merekalah yang kafir kerana merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan oleh 2 malaikat iaitu Harut dan Marut.

10. Allah mengutuskan dua malaikat Harut dan Marut di negeri Baiiil.Kedua2nya mengajarkan ilmu syihir kepada manusia bertujuan:
-dapat membezakan antara mukzizzat dan syihir
-menentang keburukkan yang dilakukan oleh ahli syihir,mengelakkan bahaya syihir
-menerangkan bahawa syihir tidak dapat memudaratkan kecuali dengan izin Allah.

3.sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),
oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".
11. Sebelum Harut dan Marut mengajarkan syihir kepada manusia ,terlebih dahulu mereka memberi nasihat dan peringatan “Sesungguhnya kami ini hanyalah cobaan,sebab itu janganlah kamu kafir”.Cobaan adalah untuk menguji keimanan seseorang.Barang siapa yang mempelajari syihir untuk mencapai keinginan hawa nafsu dan menyakiti orang lain,makai a menjadi kafir.


4. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya,

12. Malangnya sebahagian daripada anak murid Harut dan Marut tidak mengendahkan nasihat yang telah diberikan sebaliknya mereka menggunakan ilmu syihir untuk menceraikan pasangan suami isteri dan untuk memudaratkan orang lain.

5.padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

6.Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
7.Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.
8. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

13. Mereka orang2 Yahudi ini yang melemparkan kitab Allah dan mengambil dan percaya ilmu syihir,
14. Allah memperumpamakan seperti menjual dirinya dengan syihir.
15. Mereka adalah orang yang jahat dan sombong mengambil syihir yang tidak manfaat sebaliknya hanya memberi mudarat kepada mereka dan tidak mendapat keuntungan di akhirat malah akan mendapat seksaan Allah jika mereka mengetahui.

RASULLAH DI SIIHIR. HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM YG DIRIWAYATKAN OLEH Aisyah RA
berlaku tatkala Nabi SAW balik dari Hudaibiah , bulan Zulhijjah tahun 70 hijriah. Setelah  perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir itu, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Nabi SAW.
Dengan kerjasama - budak Yahudi yang juga khadam nabi,- mencuri sikat rambut Nabi
Tukang sihir Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq.- patung berupa Nabi SAW  -ditikam 11jarum -disimpul  11 ikatan-dicampakkan  telaga keluarga Zarwan
Kesan -hadis Syaidatina Aisyah r.a. - Nabi  SAW  sakit tenat, berasa tidak keruan -ragu2-solat 4 rakaat buat 2-sahabat Tanya ini syariaat baru? So tambah 2 lg n sujud sahwi.
Pada satu malam Nabi  SAW berdoa -mimpi -datang dua malaikat -Surah ‘Mu’awwidataini’ (Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas). Inilah sebab turunnya dua surah tersebut sekali gus.
terjaga dari tidur, lalu mengutus Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir - menimba - mengangkat seketul batu besar, -bungkusan berikat  sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum.
Kemudian Nabi  SAW membaca ‘Surah Mu’awwidataini’
Dalam hadis lain: “Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Daripada hadis - menggunakan bomoh dan meminta pertolongan jin untuk membalas santau-santau , maka itu boleh membawa kepada syirik kepada Allah SWT.
KESIMPULAN:
1.    JAUHKAN SYIHIR kerana dosa besar ,hadis riwayat Bukhari dan Muslim,sabda rasullah saw “Jauhi 7 perkara yang merosakkan.Mereka bertanya:Apakah itu ya rasullah? Beliau menjawab:Syirik kepada Allah,shihir,membunuh jiwa yang diharamkan kecuali yang hak,memakan riba,makan harta anak yatim,lari dari peperangan pada waktu penyerangan /musuh di medan perang dan menuduh berzina kepada perempuan2 mukminat yg terpelihara.”
2.    -menghindari tipu helah,hasad dengki,adu domba,fitnah dari golongan yg sentiasa memusuhi orang2 yg berusaha di jalan agamaNya
Jauhi bomoh /dukan -sebalik hampiri roqiy/perawat al syifaa’-ayat suci al-quran-ayat pembatal syihir,ayat penghancur,ayat azab dan ayat2 syifaa’
 Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
3.    Hendaklah beramal dengan ayat2 suci sebagai benteng/pendinding daripada syihir semoga Allah tidak mengizinkan ilmu syihir memfitnah kita. Janganlah ayat2 suci itu sekadar menggantung di dinding sebaliknya hendak mengamal kan dan menghayati tadabur tazakur ayat2 suci ini dan dijadikan sebagai doa harian kita seperti berikut:
1. Tuhan berfirman kepada Nabi Mohamad ,Hadis Qudsi



-       “La IIlaha IIallah,Tidak ada tuhan melainkan Allah .Allah adalah bentengku,daripada sesiapa yang masuk melindungkan diri ke dalam bentingKu ,selamatlah ia dari azapKU’

2.Mengamalkan surah Mu’awwidzataini ii 2 surah pelindung (an Nas & al Falaq). Hadis riwayat Bukhari dengan sanadnya dari Siti Aishah
 “Sesungguhnya nabi Mohamad saw apabila hendah masuk tempat tidurnya setiap malam ,dikumpulkan kedua belah tapak tangannya kemudian membaca surah Al Iklas,,surah al Falaq dan surah an-Nas setelah selesai disapukan keseluruh badannya bermula dari kepala dan muka hingga ke seluruh badan hingga ke ke bawah kecuali tapak kaki dan kemaluan sebanyak 3x’

4.    Mengamalkan Manzil(dari 14 surah) ii ayat penyembuhan seperti dalam hadis swa oleh Ubai Ibn Kaab ra.
Sewaktu bersama Rasullah saw ,seorang badwi datang bersama saudaranya yang sakit gila,Kemudian Rasullah membacakan kepada yang sakit tadi dengan ayat2 suci al Quran 2. al Fatihah,  2.surah al Baqarah,ayat 1-5 ,163,255-257,284-286, 3. surah Ali-Imran 3:18,26-27, 4. al A’raaf 54-56, 5.al Isra 110-111, 6.al -Mukminun 115-118, 7.as Shaffat 1-11, 8.ar Rahman 33-40, 9.al Hasyr 21-24, 10.al Jin 1-4, 11.al Kafirun 1-6,  12.al Iklas, 13.al Falaq, 14.an Nas.

4.Mengamalkan ayat Munjiyat setiap pagi dan petang -7 ayat penyelamat .1.At Taubat ayat 51, 2.Yunus ayat 107, 3.Hud ayat 6, 4.Hud ayat 56, 5.al Ankabut ayat 60, 6.Fathir ayat2, 7.As Zumar ayat:38

5,Setiasa mengamalkan Ayat Syifa9(5 surah-5 ayat )-ayat penyembuhan-amalkan 1.surah at-Taubat 14, 2.Yunus ayat 57, 3.an Nahl ayat 69, 4.asy-Syu’ara ayat 80, 5.Fushshilat ayat 44

6. Mengamalkan bacaan Al-Mathurat pagi dan petang-yang terdiri dari ayat2 suci al _Quran dan doa2/zikir yang diamalkan oleh Rasullah

7. Makanan sunnah, (HR Al-Bukhari dan Muslim).
Barangsiapa mengambil 7 biji kurma ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu dia tidak akan terkena racun mahupun sihir ‘
Makanlah minyak zaitun sesungguhnya ia diberkati berlakulah dengannya dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya ia keluar dari pohon yang diberkati (HR Ahmad dan Tirmidzi)
Yang baik itu semuanya dari Allah, tp yg kurang itu dari kelemahan sy sendiri.mohon ampun dan maaf
Rujukkan
1.Buku Asbaabun Nuzul-al ImamJjalaluddin al-Sayuri ,al Hidayah Houses of Publishers sdn bhd
2.Buku Himpunan Kisah2 Malaikat,Mohd Isa Selamat -Darul nu,man
3.Buku Tafsir Al -Azhar-Prof. Dr Hamka-Pustaka Paniimas Jakarta
4.Tafsir ayat2 Hukum ,jilid 1-Muhammad Ali Al-Sabuni -Al Hidayah Publication
WABILAHA HITAUFIK WALHIDAYAH MINGGU HADAPAN TAJUK SYUKUR
JOM KITA TUTUT NEGERI AKHIRAT ASSSALAMUALAIKUM TQ

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PERASMIAN PADANG BOLA SINTETIK SMK KADOK

MESYUARAT AGONG PIBG KE 42,PENYAMPAIAN BAP &PENETAPAN KPI KURIKULUM

29Julai 2017 Trip Aceh... Gunungan