SABAR


LIVE 7 TAJUK :SABAR 4 JUN2020 TEMPAT DEWAN CITRA

 




-RABBI ZIDNI ILMAA

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".



A) SABAR-70 TEMPAT DLM AL QURAN,SIFAT KEPUJIAN/KEMULIAAN KETAATAN BATIN






(As-Sajdah 32:24) –ciri seorang pemimpin.
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

Nabi Noh

1. Sabar ialah darjat / sifat kepujian yang timbul dari pengaruh agama menentang  pengaruh hawa nafsu.
@ Pertarungan antara pengaruh agama dengan hawa nafsu.

2. Pengaruh agama-memimpin manusia kepada makrifat ii mengenali Tuhan,rasul dan maslahat kebergantungan akibat dan kesudahan.

3.Pengaruh hawa nafsu ii tuntutan jiwa untuk memenuhi kemahuan hawa nafsu.

Sabda Rasullah saw
“Sabar itu separuh daripada iman)

 SIFAT SABAR DAPAT MENJADIKAN MANUSIA TERBAHAGI KEPADA 3 GOLONGAN

 1.Para siddiqin muqarrabin
“Siapa sabar ia akan menang’

FUSHSHILAT :30

2.Bermujahadah
-cuba sedaya upaya,kadang menang kadang kalah-campur dosa dengan amal soleh.
Sabar 50%,tak sabar 50 %

3.Alpha dan lalai
Rugi dalam perniagaan
2:86
Tiada sabar
Kemengan pengaruh hawa nafsu,hamba hawa nafsu

Situasi keperluan sabar

1. Perkara yang tidak sesuai dengan kehendak manusia/hawa nafsu

a) sabar untuk mengerjakan ketaatan
-taat mengerjakan perintah Allah
Menuntut ilmu-alquran
-taat tidak mengerjakan larangannya

b) Sabar melawan maksiat



Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

NABI NOH-BERTAKWAH
Umur 950th,menjadi rasul berumur 480th, Wad,Suwaa’,Yaghuth,Ya’uuq,Nasr
5 abad berdakwah 70-80 yang islam orang yang lemah.-hampir semua menyembah berhala.


 

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

c) Sabar ditimpa
- Musibah/musnah harta benda

-covid-19
Malaysia 7762kes-6330 discas,115 kematian
Dunia-6 juta kes,366848 kematian
1918-flu sepanyol-2th-500j infeksi,100j kematian
(Al-Baqarah 2:153)-Allah bersama orang yang sabar
 



Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar



Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Stess-sabar,redha gan qadha dan kadar,bersyukur,bersangka baik

-KEMATIAN,-dilarang meraung,memukul pipi atau diri

Abu talha-telah pergi menjalankan tugas meninggalkan isteri dan anaknya dalam  ke adaan sakit.Anaknya meninggal dunia lalu isterinya meletakkan disuatu sudut rumahnya.Apabila Abu Talhah pulang ia menyambut suaminya seperti biasa.Apabila suaminya bertanyakan bagaimana keadaan anak mereka yang sakit itu,isterinya berkata “Alhamdulillah sejak ia sakit tidak pernah ia setenang malam ini.” Kemudian meraka pun tidor seperti biasa. Pagi esoknya isterinya berkata
Hairan sungguh perilaku jiran2 kita,mereka telah di beri pinjaman barang kemudian tuan empunya barang itu menagih  kembali barangnya,tetapi mereka marah dan tidak rela.
Abu Talhah menjawab “Sungguh tidak baik perilaku mereka itu”.
Isterinya berkata “Puterimu itu pinjaman dari Allah dan sesunggahnya Allah telah mengambil semula pinjaman itu”
Abu Talhah pun berkata’La haula wala quwwata illa billlah.
Keesokkannya Abu Talhah berjumpa rasullah dan menceritakan apa yang telah berlaku .Rasullah pun berdoa “Ya Allah berkatilah kedua suami isteri ini pada malam harinya
Allah mengurniakan 7 orang putera yang hafal al quran.
(Al-Qasas 28:54)-ganjaran 


Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.



-SAKIT,-sakit lama tidak dibenarkan bercita2 mati
Sabda rasullah riwayat Bukhari dan Muslim
“Tidak dibenarkan salah seorang kami bercita-cita supaya mati apabila ditimpa sakit,tapi jika terpaksa berkata,maka katalah ,Ya Allah ,berilah aku hidup jika hidup lebih baik bg ku dan wafatkanlah aku,jika wafat itu lebih baik untukku

-nabi ayub

1. Malaikat bermesyuarat agenda siapakah manusia yang paling baik,taat  dan tinggi keimanan.
Keputusan Nabi Ayub ii seorang yg berpangkat,kaya raya,keluarga besar tp tidak pernah lalai dan terlambat dalam melalkukan ibadat dan amal soleh.,banyak membantu orang lain dan yang paling banyak beribadah.
2.Iblis mengetahui perkara ini lalu bernekat untuk menyesatkan dan memesongkan iman dan ketaat yg tinggi nabi ayub dengan senjati yg paling ampuh ii kebohongan.Iblis memohon pd Allah untuk mencoba menggoyangkan keimanan nabi Ayub dan Allah telah mengizinkannya.
3.Dengan menggunakan balatenteranya dalam sebentar shj habis kekayaan harta bendanya musnah dengan harapan dengan kehilangan harta kekayaan N ayub maka pudarlah keimanan N Ayub.
4. Jangkaan iblis ini gagal sebaliknya Nabi Ayub semakin kuat dan bersungguh beribadat dan memuji Allah lagi.’Maha terpuji Allah mengambil hakNya.Puji bagi Allah yang memberi dan mengambil,Dia memberi nikmat dan mencabutnya kembali.’
5.Dengan izin Allah ,iblis mencoba lagi dengan memusnahkan mahligai nabi Ayub dan semua anak2 mati.Nabi ayub berdoa “Allah menghidupkankan dan Allah mematikan”.Nabi Ayub tetap bersujud menyembah Allah dan bersyukur.
6.Iblis tidak berputus asa ,dengan keizinan Allah melenyapkan kesihatan Nabi Ayub pula,maka terlantarlah nabi Ayub dengan pelbagai penyakit.
7. Nabi Ayub miskin,melarat ,hilang saudara dan sahabat di hina malah  disisihkan oleh masyarakat kerana penyakitnya.Tetapi n Ayub tetap bersabar lalu bermunajad dengan segenab jiwa raganya kepada Allah dan berdoa”Ya Allah ,aku rehda akan Engkau cabut segala nikmatMu ,namun aku berharap jangan Engkau cabut 2 perkara dariku ii aqal fikiran dan lidahku ke aku ingin mengingatiMu dengan aqalku dan aku memerlukan lidah untuk menyebut nama dan memujiMu”.Iblis gagal lagi.
8.Iblis masih tidak berputus asa lalu dengan mendapat izin Allah menggoda isteri(Rahmah) nabi Ayub pula.Dengan menaman rasa keluh kesah terhadap kesushan yang di alami dan mengingat inagt kembali masa lampau yang penuh kenikmatan dan membandingkat2kan masa silam dengan keadaan sekarang.dan akhirnya dengan godaan iblis ini nabi ayub ditinggalkan keseorangan.
9.tinggallah nabi Ayub menderita kesakitan dan keseorangan-puncak dugaan .Tetapi tetap sabar dan bertambah keimamanan dan memuji Allah dan berdoa “Ya,pengasih dan penyayang.Bayawa segala penderitaan yg menimpa diriku ini kecil shj ,sedangkan rahmatmu jauh lebih besar”

 (Al-Nahl 16:96) –ganjaran pahala yang lebih baik


(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
10.Nabi Ayub telah mencapai tahab kesabaran dan keimanan yang tinggi dan tidak terpedaya dengan hasutan dan godaan iblis untuk memesongkan keimanan Nya. Allah menyembuhkan nya kembali dan mengurniakan kesihatan ,harta kekayaan,anak pinak yang ramai.-Sejarah dan contoh keimanan dan kesabaran kepada orang yang beriman


1.Perkara2 yang sesuai dengan kehendak kita-semua kelazatan dunia.
Kesihatan

Kekayaan/luas mata pencarian
Pangkat/kedudukan
Keluarga besar

Ramai pengikut

2. Fitnah kemewahan itu lebih berat/besar penangungannya drp yg lain.




Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.


 
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

KESIMPULAN
SABAR ADALAH DARJAT KETAATAN YANG TINGGI II TERHASIL DARI PERTARUNGAN PENGARUH AGAMA TERHADAP PENGARAUH HAWA NAFSU.
ALLAH JADIKAN MANUSIA UNTUK DIUJI KEIMANANNYA DENGAN KEMEWAHAN ATAU KESEMPITAN  
SESIAPA YANG BERSABAR DAN MELEPASI UJIAN DI DUNIA INI ALLAH AKAN MEMBERI GANJARAN PAHALA TAK TERHINGGA DAN ALLAH BERSAMA ORANG2 YANG SABAR,

SETIAP COBAAN SUDAH PASTI MENGHADAPINYA DENGAN TEKANAN DAN STESS
MAKA BERSABARLAH
,REDHA DENGAN KEPUTUSAN TAKDIR ALLAH,TAKUTKAN ALLAHM
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH,
JANGAN PUTUS ASA ,
BERSYUKUR.,
BERTAWAKAL DAN BERTAUBAT
INSYAALLAH SESUATU ANUGERAH YANG LEBIH BAIK AKAN DIPEROLEHI SAMADA DI DUNIA ATAU PUN DI AKHIRAT NANTI

Yang baik itu semuanya dari Allah, tp yg kurang itu dari kelemahan sy sendiri.mohon ampun dan maaf
-DOA
BIS
SELAWAT




: "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".

 “SUBHA NA KALLAH WABIHAM DI KA ASHA DUANL LA ILLAHHAILLA AN TA AS TAG FIRUKA WA ATU BU ILIAQ”
WABILAHA HITAUFIK WALHIDAYAH
Assalamualaikum Jom kita tutut negeri akhirat dan takutlah kp Allah
Sekian terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PERASMIAN PADANG BOLA SINTETIK SMK KADOK

MESYUARAT AGONG PIBG KE 42,PENYAMPAIAN BAP &PENETAPAN KPI KURIKULUM

29Julai 2017 Trip Aceh... Gunungan