NABI ADAM DI DALAM SYURGA
Allah memerentahkan supaya malaikat dan iblis sujud, tanda penghormatan pada Adam. Adam perlu diberi penghormatan kerana ia ciptaan iaitu manusia pertama ciptaan Allah.Adam juga adalah ciptaan terbaik dari Allah yang dijadikan dengan tanganNya sendiri.Adam juga seorang nabi dan sebagai khalifah di bumi. Maka wajarlah malaikat dan iblis sujud memberi penghormatan kepadanya.
Malaikat memang taat dan patuh,lalu ia pun sujud pada Adam.Malaikat akur dan mengikut apa yang perintahkan oleh Allah.
Malaikat memang taat dan patuh,lalu ia pun sujud pada Adam.Malaikat akur dan mengikut apa yang perintahkan oleh Allah.
Tidak seperti malaikat,iblis terasa tergugat ,ia ingkar perintah Allah.Iblis tidak sujud pada
Adam.Ia merasakan kedudukannya lebih mulia dari Adam kerana ciptaanya
dari api manakala Adam hanya dari tanah liat yang hitam.Iblis sombong, angkuh dan irihati pada Adam kerana Allah
mengkehendaki iblis sujud,menghormati
Adam.
Al-Isra’ , ayat 61
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat.”Sujudlah
kamu semua kepada Adam”, lalu mereka semua sujud kecuali iblis,iblis berkata “Apakah
aku akan harus bersujud kepada ciptaan yang Engkau ciptakan dari tanah ?”
Allah amat murka dengan keangkuhan dan kesombongan iblis ini.Perilaku yang durhaka ini,mengakibatkan
iblis tidak layak lagi ditempatkan disyurga kerana di sini hanya tempat orang yang taat
kepada Allah .Lalu iblis diperintahkan
keluar dan diusir dari syurga.
Dengan keputusan yang telah Allah tetapkan ini akibat dari
tindak tanduk iblis sendiri,menyebabkan nya berdendam dengan Adam.Disebabkan Adam,iblis
dikeluarkan dari syurga yang penuh nikmat dan rahmat itu dan dimurkai oleh
Allah.Maka iblis bersumpah dan berjanji akan menyesatkan Adam dan keturunannya
agar dikeluarkan dari syurga dan dimurkai oleh Allah seperti mereka.Iblis bernekat
dan tidak akan berputus asa akan menyesatkan Adam dan keturunanya dengan
mengajak melakukan kerosakkan dan kemaksiatan dengan godaan dan tipudaya
mereka.
Al Baqarah,Ayat 34
Dan ingatlah ketika
kami berfirman kepada malaikat:”sujudlah kamu kepada Adam”Maka sujudlah mereka
kecuali iblis,dia enggan dan takbur dan dia termasuk dari golongan orang yang
kafir.
Al Baqarah,Ayat 169
Sesungguhnya syaitan itu
hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa
yang kamu tidak ketahui.
Ai-Nisa ayat118
Syaitan yang dilaknati
Allah, dan dia mengatakan.”Aku pasti akan mengambil bahagian tertentu dari
hamba-hamba MU
Tinggallah Adam di dalam syurga yang penuh nikmat dan
rahmat.Adam memiliki hati dan perasaan dan kasih sayang.Terasa janggal hidup
bersendirian tanpa deman untuk berkongsi kehidupan. Syurga yang indah yang
tiada kekurangan terasa sepi tanpa teman di sisinya.
Allah maha pengetahu dan maha pengasih lagi
penyayang,mengetahui apa yang dizahirkan dan yang disembunyikan.Lalu Allah
ciptakan isteri untuk Adam iaitu Hawa yang bermaksud ‘ orang yang dirindui’.Adam
tidak lagi kesepian dan keseorangan.Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri
di dalam syurga.Segala-segalanya sempurna dan cukup, tak perlu bersusah payah
dan berpenat lelah.Aman tenteram,indah,tidak ada cacat celanya. Semua keperluan
Adam dan Hawa mewah dan tersedia mengikut keinginan mereka.
Sumber Rujukan..
Bey Arifin ,1978 .Buku Rangkaian Cerita Al Quraan .Pustaka
Nasional Singapore
Comments
Post a Comment