MAHA PENCIPTA
NABI ADAM
Surah Al-Baqarah ayat 29 dan 39
Surah Al-A'raf ayat 11 dan 12
Surah Al-Taha ayat 116 dan 117
Surah Al-Isra' ayat 61-65
Surah Sad ayat dan 71-75
Surah Al-Fussilat ayat 9 - 12
Surah Al-Maidah ayat 31- 35
SETIAP CIPTAANNYA BERPASANG-PASANGAN |
Semua apa yang kita lihat samada keindahan di bumi,di langit ,malah di alam semesta ini,dahulunya,semuanya tiada.Allah maha berkuasa dan maha pencipta ,lalu menjadikan segala sesuatu yang dapat kita lihat dan saksikan disekeliling kita..betapa hebatnya ciptaan sungai yang mengalir, hutan yang menghijau, gunung- ganang yang gagah, hujan membawa rahmat, malah yang paling dekat iaitu kejadian kita sendiri. Betapa hebatnya teknologi kerja jantung kita, buah pinggang,sistem pencernaan,sistem perkumuhan..dan berbagai-bagai lagi...tak terhingga bilanggannya...
MAHA SUCI CIPTAANYA |
DAMAINYA ALAM INI |
INDAHNYA CIPTAAN ALLAH |
Allah maha pencipta, menciptakan langit dan bumi serta kedua antaranya dalam masa enam hari.Hari bukan seperti siang malam,bulan dan tahun,abat dan kurun, seperti kita rasai ini tetapi hanya Allah sahaja yang maha mengetahui...
Apabila Allah ingin memjadikan sesuatu ,hanya berfirman “kun” yang bermaksud “jadilah”.Maka
terciptalah apa yang Allah kehendaki.Begitulah kejadiannya ala ini. ‘Kun’..maka
terciptalah alam ini,semuanya seimbang mengikut kadarnya,dataran dan
lautan,gunung-ganang dan lembahnya,flora dan fauna.Terciptalah mentari , sebagai
sumber tenaga dan cahaya,bintang dan bulan menghias langit.Semua objek di
langit beredar sujud pada Penciptanya ,akur mengikut orbit,tiada sesaat pun
engkar padaNya.
“Segala puji bagi Allah
pencipta langit dan bumi,yang menjadikan malaikat-malaikat sebagai utusan(untuk
mengurus berbagai urusan) yang mempunyai sayap,masing-masing dua,tiga dan
empat.Allah menambah pada ciptaanNYa apa yang Dia kehendaki.Sungguh Allah
Makakuasa atas segala sesuatu
“ (Fatir , ayat 1)
'Dia mencipta bumi dan langit dengan kebenaran.Maha tinggi Allah dari apa yang mereka sekutukan”
(An-Nahl,ayat 3)
Diciptakan pula olehNya, malaikat-malaikut dari
cahaya.Malaikat ini suatu ciptaan yang amat patuh dan taat kepada perintah
Penciptanya.Sentiasa beribadah dan melaksanakan tugas masing-masing dengan
penuh taat seperti malaikat penjaga bumi,penjaga langit,menurunkan hujan,penyabut
nyawa,penulis amalan manusia yang jahat dan baik,pembawa wahyu,pembawa
rezki ,penjaga neraka,penjaga syurga yang
sentiasa bertasbih memuji dan mensucikan Allah maha Pencipta.
“Dia menurunkan para malaikat pembawa wahyu dengan
perintahnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya(dengan
berfirman)”Peringatkanlah bahawa tiada tuhan selain Aku,maka hendaklah kamu
bertakwa kepada KU”
(Al-Anfal , ayat 50)
“Dan Dialah penguasa mutlak atas hambaNya,dan diutuskan kepadamu malaikat-malaikat penjaga,sehingga apabila kematian datang kepada salah seorang di antara kamu,malaikat-malaikat Kami mencabut nyawanya,dan mereka tidak melalaikan tugasnya”
"Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankanNya bagimu. Sungguh Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan 1000 maliakat yang datang berturut-turut "
(Al-Anfal , ayat 9)
Sumber Rujukan..
Bey Arifin ,1978 .Buku Rangkaian Cerita Al Quraan .Pustaka Nasional Singapore
Comments
Post a Comment