NABI ADAM- MANUSIA PERTAMA CIPTAAN ALLAH
Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah ialah nabi Adam.Sebelum wujudnya Adam itu ,malaikat , jin ,alam semesta dan syurga telah Allah ciptakan.Adam adalah ciptaan Allah dengan tanganNya sendiri, bukan seperti kejadian alam dengan perkataan "kun", maka jadilah apa yang Allah kehendaki. Maksud tanganNya sendiri ini bukan bermaksud seperti manusia,hanya Allah sahaja maha mengetahui dan maha pencipta.
Kehendaklah Allah ini telah disampaikan kepada malaikat iaitu Adam ini akan diciptakanNya dari tanah. Manakala malaikat Allah jadikan dari cahaya dan jin dari api.
Al-Hijr ,ayat 28
Dan (ingatlah),ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat , " Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk"..
Kehendaklah Allah ini telah disampaikan kepada malaikat iaitu Adam ini akan diciptakanNya dari tanah. Manakala malaikat Allah jadikan dari cahaya dan jin dari api.
Al-Hijr ,ayat 28
Dan (ingatlah),ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat , " Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk"..
Manusia yang akan Allah ciptakan ini, akan Allah jadikan
sebagai khalifah di muka bumi.Jika
malaikat Allah jadikan utuk menguasai dan mengatur kejadian di langit maka
manusia pula menguasai,mengatur dan
memakmurkan bumi ciptaan Allah ini.
Malaikat pun memberikan pandangannya kepada Allah, sekiranya
manusia menjadi khalifah di muka bumi nanti, sudah pasti manusia akan membuat kerosakan,kacau bilau dan
pertumpahan darah.Malah malaikat merasakan mereka lebih sesuai kerana mereka
amat taat kepada Allah dan sentiasa memuji dan mensucikanNya. Allah menegaskan
kepada malaikat sesungguhnya segala perancangan dan tindakanNya hanya Dia yang mengetatui dan kita sebagai hambanya
amat lemah dan tidak mengetahui ilmuNya.Allah jadikan manusia sebaik-baik
kejadian yang mempunyai jasmani,rohani,nafsu dan akal fikiran.
Al-Baqarah ,ayat 30
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” . Mereka berkata “Mengapa
Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi itu orang yang akan membuat
kerosakan padanya dan menumpah darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan
memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman:”Sesungguhnya Aku mengetahui
apa yang tidak kamu ketahui”.
Setelah Allah sempurnakan kejadian Adam ,dengan jasad yang lengkap
sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,tubuh berongga yang lengkap
dengan pelbagai organ dan system tubuh badan .Maka Allah tiupkan roh ke dalam
tubuh Adam. Maka system pernafasan mula berkerja, sel-sel badan berfungsi,
jantung pun berdenyut, system endokrin menjalankan tugas penyelarasannya. Lalu
Adam pun bergerak-gerak segala anggota tubuhnya,matanya pun terbuka, Adam lalu
bersin ,menandakan tubuh badannya sihat sejahtera .Hiduplah Adam dengan
sebaik-baik kejadian lengkap jasmani
,rohani,nafsu dan akal fikiran.
Sad,ayat 72
Kemudian apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan roh
(ciptaan)Ku kepadanya, maka tunduklah kamu dengan bersujud pada nya (Adam).
Comments
Post a Comment