SURAH AL-BAQARAH AYAT 14- SIFAT ORANG MUNAFIK-TADABUR DAN TAZAKKUR
SURAH AL-BAQARAH AYAT 14- SIFAT ORANG MUNAFIK
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)"
APAKAH MESEJ ALLAH
Dalam ayat di atas mesej Allah kepada kita ialah
1. Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman "
2.dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)"
APAKAH PERINGATAN KEPADA KITA YANG ALLAH INGAT SAMPAIKAN
Perkataan 'Mereka" disini adalah merujuk kepada orang munafik ii dari ayat 13 sebelumnya.Begitulah salah satu sikap orang munafik, talam dua muka. Di hadapan orang beriman manis mulutnya tetapi di belakang lain pula kata-kata dan pendiriannya.
Janganlah kita mempunyai sifat buruk sedemikin seperti orang munafik yang mengecut,berpura-pura dan takut pada kebenaran.
Kenapa mereka bersifat talam dua muka?
Orang munafik ini bersikap talam dua muka kerana menunjukkan mereka mempunyai jiwa yang lemah dan mereka takut menghadapai kebenaran dan kenyataan dari orang beriman.Sebab itu lah mereka dalam dua muka iaitu apabila orang munafik ini berhadapan dengan orang beriman, meraka mengaku beriman tp sebenarnya dalam hati tidak yakin atau mempertikaikan Islam.Dan apabila mereka berjumpa golongan mereka iaitu orang khafir yang pengikut syaitan ,jadi seperti syaitan dan berfikiran syaitan ,lalu mereka menjelaskan mereka hanya berpura-pura beriman dan hanya untuk memperolokkan orang beriman sahaja.Dengan kata lain mereka takut didakwa telah berubah fikiran.Begitulah sikap mereka,penipu,tidak ada pendirian dan penakut dan degil tetap mengekalkan pendirian salah mereka.
Orang munafik ini mendekati dan bergaul dengan orang beriman hanyalah untuk mencari rahsia atau sebagai "spy" orang kafir untuk mencari rahsia atau maklumat untuk mengalahkan orang beriman dan mereka merasakan telah berjaya memperolok-olokkan orang beriman.
Allah telah tutup pintu hati mereka untuk melihat kebenaran ajaran Rasullah walaupun di depan mana mereka.Berdoalah kita agar Allah memberi petunjukkan kepada kita ,amin.
TINDAKAN KITA DARI PERINGATAN ALLAH DALAM AYAT INI
1.Hendaklah menjadi orang beriman yg mengikuti dan yakin pada al Quran dan Hadis
2.Tidak mencontohi sikap atau perangai orang munafik iaitu talam dua muka,dihadapan mulut manis tetapi tikam belakang.
3.Jauhi dari penyakit hati ii berbohong,takut pada kebenaran ajaran agama,memperolok-olokkan orang lain dan merasa diri lebih hebat dan lemah jiwa tidak tetap pendirian kepada perkara yg benar.
4. Jauhi dari bercampur dengan golongan pengikut syaitan supaya kita tidak terpengaruh dengan pegangan sesat meraka dan cara hidup mereka.
DOA DI JAUHKAN DARI SIFAT MUNAFIK
TAFSIR AL-AZHAR,PROF DR HJ ABDULMALIK ABDULKARIM AMRULLAH,PUSTAKA PANIIMAS JAKARTA
Comments
Post a Comment