TRIPS TO NEW ZEALAND-AUCKLAND (6DIS-10 DIS 2015) PART 2





 Day 3, 6 DISEMBER 2015 (AHAD) Auckland.-City & Domain



Wintergarden in Auckland

AUCKLAND


Alhamdulillah..sungguh teruja …dan perupakan pengalaman pertama menjejaki bumi Allah yang indah dengan alam semulajadinya .Pemandangan waktu pagi sekitar 6.00 am dari udara amat cantik , berbukit- bukau dan nampak laut biru serta  berawan biru.Kulihat awan terdapat dua lapisan .Di atas seperti lapisan awan putih manakala di bawah pula tompol-tompok awan biru. Sebaik sampai di airport sudah nampak negara ini menjaga keindahan dan keaslian alamnya.Dinding kaca di airport dihias dengan daun paku-pakis…dan dihiasai dengan gambar indah semulajadi  di negara ini dan yang uniknya bunyi asli haiwan di hutan seperti kicauan burang dan bungi binatang buas  menemani kami dalam perjalanan menuju pemeriksaan.
NOTIS TERPAPAR BARANGAN TERLARANG DI BAWA MASUK

Dalam penerbangan,sepanjang laluan ke immigration berulang-ulang kali pengumuman penyatakan bahawa pihak New Zealand amat bertegas dengan biodeversiti di mana  tidak dibenarkan membawa sebarang makanan,atau products haiwan atau tumbuhan .Jika membuat declaration palsu maka denda $400 dengan serta merta akan dikenakan.Contoh barangan seperti kulit limau,lebihan ayam KFC,madu,kulat dan jeruk sayuran.Maka kami amat berhati-hati sehingga tiada apa makanan yang dibawa kecuali ubat-ubatan ,minyak panas mustika dan pytofiber yang telah kami istiharkan kepada pegawai kastam. Beg bagasi dan handcarry beberapa kali kami semak dan semua makanan segera habis dimakan hanya jus manjakani terpaksa dibuang. Setelah berbaris panjang untuk pemeriksaan passport dan pemeriksaan kastam akhirnya kami  selamat . Tiada apa-apa halangan..alhamdulillah.
Setelah semuanya diperiksa tiba-tiba anjing pengesan yang baru tiba datang ke beg galas Cg Mat ,mencium dan menjilat di suatu sudut beg hitam itu.Di dalam beg itu tiada apa-apa barang terlarang sebab kami dan semua beg telah diperiksa dan di scan.Pegawai kastam bertanya adakah beg ini mempunyai  lavender  .Cg Mat menjelaskan tiada ,hanya semburan wangian telah dilakukan semasa di Singapore, dan terdapat ubat-ubatan yang telah kami instiharkan tadi.Alhamdulillah ..tiada apa-apa dan selamat.
Kami pun keluar menuju  balai ketibaan …tapi Che Hasif tiada di sana. Sementara menunggu Hasif datang menjemput kami, saya cuba berkenalan dengan orang Melayu yang bersama  dalam penerbangan tadi .Ku sangka mereka student.boleh tumpang telipon ke Che Mohd Hasif tetapi mereka juga pelancong seperti kami dari Brunai.Kami  berani bertekur sapa kalau nampak bertudung, seolah seperti bersaudara.Semasa dalam barisan menunggu pemeriksaan kastam juga kami berkenalan dengan pensyarah suami isteri  berkerja di sini yang berasal dari Jordan.Semasa mengambil bagasi juga ,salah seorang pekerja di situ nampak muka Melayu,tinggi dan hitam manis ..kacak sekitar umur 20an .Ahh terkejut juga ,rupanya  beliau adalah orang Mouri.


Lebih kurang jam 7.30pm Che Hasif tiba bersama kawannya dan bersama kereta sewa yang dipandu oleh Maskat.Maskat ialah pelajar tahun satu jurusan business study dari KL.Sungguh peramah dan petah bertutur kata , dan beliau tidak balik ,walaupun pun cuti sehingga Feb 2016. Katanya ingin mencari pekerjaan sambilan di sini , untuk mencari pengalaman.Perjalanan dari Auckland Internasional airport ke city mengambil masa 30minit. Walaupun dikatakan musim panas tetapi cuacanya seperti  berhawa dingin yang suhu 16 C di Malaysia, malah lebih sejuk dari itu. Tetapi cuacanya amat selesa sejuk, nyaman ,tidak sejuk sangat dan tidak panas.
Semasa flight mendarat jelas kelihatan tepi pantai yang tenang dan indah.Kelihatan pantai yang indah,dengan air laut biru dan dihiasi denga pulau-pulai yang berbukit..sungguh cantek.Sepanjang perjalanan menuju city pemandangan indah ditepi pantau seterusnya  kehijauan pokok-pokok  yang semulajadi dan ada juga kelihatan ladang ternakan lembu dan lading strawberi. Selepas itu kami melalui kawasan penempatan rumah banglo tersusun kemas dan indah.Cuma agak berbeza di sini kebanyakan banglo ,atapnya agak rendah,tidak berpagar  atau kurang berpagar. Kemudian ,kami mula melalui city, kelihatan bandar Auckland begitu cantik,berbukit,kelihatan laut biru dan awan yang berbagai warna,ungu,putih,merah dan berbagai warna yang amat menarik,semua mahluk Allah ada di sini,bukit,gunung,laut,pulau.


Walaupun jam hampir jam 8.00 malam tapi langit masih cerah.Nun kelihatan Auckland Harbour Bridge yang cantik melintasi Westhaven Marina.Jalan empat line itu tiba-tiba  jem. Info pada papan elektronik   terdapat kemalangan di atas jambatan ,hampir setengah jam kami merayap naik menuju jambatan tetapi tidak memboringkan kerana  hati dapat ditenangkan dengan pemandangan indah alam semulajadi,cuaca yang dingin serta angin sejuk serta  keindahan Sky Tower yang merupakan bangunan tertinggi di New Zealand. Tambahan lagi dengan berkerlipan lampu neon city yang mula senja,menambahkan lagi indah pemandangan.Akhirnya kami dapat melihat punca kesesakan di jambatan itu adalah kerana berlaku dua kemalangan iatu di sebelah kanan kami bas persiaran naik keatas pembahagi jalan manakala di sebelah kiri jalan pula kemalangan yang melibatkan kereta berwarna merah.


Jam 9.00 pm sampai di Forte Apartmen, di Symonds st,15 tingkat dan kami tinggal di tingkat 11,nombor bilik 1101. Che Hasif menyewa selama 4 malam dengan sewa $80 NZ ,bersamaan RM 320+. Apartment ini sebenarnya disewa oleh 4 student  tahun 3 ,berjumlah $2200 permonth. Student tajaan MARA di beri elaun sara hidup $1450 (RM 3900).Kebanyakannya  pulang ke Malaysia kerana cuti musim panas.Aparment ini mempuntai 2 bilik tidor dan 2 bilik air serta  suatu ruang rehat dan dapor .Beranda nya  memaparkan pandangan indah pergunungan dan laut biru. Seperti biasa kelengkapan perabot dan ditambah pemanas,system kebakaran iaitu pengesan asap serta kemudahan panggilan kecemasan di dalam bilik air seperti yang  terdapat di hospital di Malaysia.Dapur memasak menggunakan elektrik bukan gas.Mesin basuh  juga ada ,wah.. penyedut sink elektrik juga disediakan.
Semasa memasak haruslah berhati-hati agar tiada asap yang berlebihan.Pernah berlaku peristiwa pelajar-pelajar  tahun satu begitu teruja memasak sehingga mengaktifkan alarm asap kebakaran. Tanpa mereka sedari pasukan bomba datangke bilik apartmen .Malangnya mereka telah dicas sebayak $2000  di atas perbuatan mereka disebabkan kurang menghayati cirri-ciri keselamatan di apartment itu.
Malam itu kami tidor begitu nyenyak sekali dalam kesejukkan selepas dinner bersama nasi puteh,telor dadar dan buah  kewi serta air paip ,goring ayam ala KFC,piza serta air coke . Makan halal memang agak sukar tetapi ada. Uniknya di sini air paip selamat terus diminum yang telah menjadi kebiasan.Terasa rindu dengan masakan Malaysia.Terdapat sedikit kekesalan tidak membawa sebarang bekalan makanan dari Malaysia, hanya ada beberapa paket bisket dari Malaysia yang terselit dalam lipatan kain baju sebagia pengubat rindu.
 
Day 4, 7 Disember 2015 (Isnin)

Jam 4 pagi telah masuk waktu subuh, di beranda pemandangan begitu indah dengan cahaya mentari pagi yang bersinar serta angin nyaman sepoi-sepoi bahasa. Setelah bersiap-siap ,kami pergi menuju city yang hanya mengambil masa 5-10 minit berjalan kaki.


Sepanjang perjalanan kami sungguh teruja dengan pemandangan indah, bungaan dan  bagunan unit di sini.
Istimewanya di sini ada saja orang yang menawarkan diri untuk mengambil gambar apabila mereka menyedari kami inginkan bantuan berkenaan.

Kami melalui universiti Auckland dan terus ke city.
Bandarnya taklah sesibok mana ,kenderaan seperti di Malaysia juga tapi tidak jem.Husna sempat membeli baju yang cantek dan nampak berkualiti hanya $10 dari sebuah kedai nampa knya  berketurunan China .Kami berkomunikasi bahasa Inggeris dengan orang-orang di sini.

Di sini selain orang New Zealand berbangsa Inggeris yang memang cantek,tinggi, orang asli iaitu Maori seperti orang Melayu tetapi agak tinggi dan handsome.

 Semasa di airport di bahagian bagasi kami sangkakan orang Melayu berkerja di sini rupanya ialah kaum Mouri.

Sungguh teruja bunga tiruan yang biasa dilihat di kedai-kedai  bunga atau supermarket dapat pula dilihat yang sebenarnya sunggah cantek.


Jalan raya di sini tidak sesak, begitu juga kenderaan yang lalu lalang tidak lah sesibok mana. Kenderaan awam yang ketara hayalah bas manakala taxi nampak mewah dengan pemandu yang handsome jarang-jarang sekali kelihatan.Sistem trafiklight pula istimewanya di sini diberi keutamaan kepada pejalan kaki dapabila  kedengaran bunyi alam yang perlahan sahaja. Pengunjung atau penduduk  city ini, kelihatannya berbangsa Inggeris, Jepun,China,Mourib iaitu orang asli Newzealand  yang mirib rupa seperti Melayu.Tidak begitu sukar mencari makanan halal di sini ,namun pilihan agak terhad tetapi masih ada ,seperti  kedai kebab,kari India dan masakan China Malaysia. Di perhatikan kedai-kedai orang-orang  Jepun atau China agak banyak  juga seperti kedai makanan shusi merata-rata  , money changer serta kedai pakainan.



Pagi itu, kami bersarapan dengan nasi kebab yang di beli dari kedai India Arab dengan cos $20 untuk 4 orang. Air minuman hanya air kosong dari paip di tepi jalan yang telah di sediakan.


 Kami bersarapan pagi di Summer In the Square sambil mendengar muzik dan persembahan kebudayaan New Zealand.





Rasa ingin makanan Malaysia,  maka kami ke pusat membeli -belah di Countdown berhampiran Sky Tower. Beli beras,udang,perencah ayam dandori,juice,coklat,roti dan lain,dengan harga $60.00.
Kelainannya buah-buahan dan sayuran begitu segar, harga mahal juga. Di dapati pasar basah memang tiada di sini. Ikan dan sayur-sayur hanya dijual di supermarket.


Ikan tidak banyak pilihan ,kalau ada pun harganya agak mahal yang dijual dalam bentuk sejuk beku.Penjaja-penjaja di tepi jalan pun tiada begitu juga pasar tani atau pasar pagi dan pasar malam tiada. Sebab itu mungkin bandar ini kelihatan bersih.Tong sampah kelihatan tidak kotor seperti kebanyakkan tempat kita.Tong sampah mereka seperti tong sampah recyical yang telah mula diperkenalkan di negara kita.Lori sampah juga tidak kelihatan langsung.Di sini tiada lipas,lalat,cicak,semut, atau pun tikus.
                                                                                                                                                  






Apabila  sampai di kaunter pembayaran,semuanya kita  lakukan sendiri sebagai chasher.Jangan panic kita hanya mengikut arahan yang telah diprogramkan oleh system computer.





Jangan bimbang jika anda memerlukan bantuan ,seorang penyelia berketurunan India akan mengawal 4-5 kaunter sedia membantu.Bayaran secara tunai atau kad kredit, atas pilihan anda.
Jangan lupa jika datang ke sini mesti memcuba susu coklat dan biskut enak ,produk asli tempatan.



Apabila penat berjalan di city jangan luba untuk menghilangkan dahaga dengan membeli aiskrim buah-buahan yang enak dari kios Jiapo yang pekerja orang Melayu kita bernama Jai. Jai adalah student di New Zealand yang ingin mencarai pengalaman berkerja di sini.
$ 7.00-(RM 21.00-mahal )

Jam menunjukkan hampir 1 tengahari zohor sudah menjelma..dalam cuaca yang sejuk berangin ini, terasa juga keletihan berjalan kaki, tambahan lagi ada barangan dapor yang perlu dibawa. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk menaiki bas iaitu City Liner.Dengan tambang $2.50 seorang  ,oleh kerana kami 4 penumpang ,sejumlah $10.00 perlu dibayar.Naik sahaja bas ,perlu dibayar terlebih dahulu kepada pemandu sendiri dan resit di keluarkan.


Dalam bas ini dapat kita lihat berbagai-bagai bangsa dan kaum.Apabila sampai di tempat destasi kita perlu menekan button maka terpapar di skrin “bus stopping”. Semasa turun ucapakan “thank you” kepada pemandu hendaklah dilakukan kerana amalan ini sudah menjadi budaya di sini.

Selepas sembahyang zohor  , azar  dan makan tengahari, petangnya kami menuju ke salah sebuah tempat yang perlu dikunjungi iaitu Auckland Domain . Sepanjang  perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10-15minit, kami melalui jambatan Graffon  yang menghubungi dari bukit ke bukit atau jurang.Perjalanan melalui jambatan itu hanyalah mengambil masa kurang  5minit.Apabila melihat ke bawah jambatan ,kelihatan gayat di bawah sana beberapa batang jalan raya.  Peliknya jambatan itu berdinding melengkung keatas yang diperbuat dari bahan lut sinar tebal dan kukuh setinggi lebih kurang 10-15 kaki.Dari cerita pelajar-pelajar Malaysia di sini ,di jambatan  ini lah dahulunya tempat  sebagai terjun membunuh diri. Maka pihak kerajaan telah mengambil langkah keselamatan dengan mengadakan dinding pada jambatan ini.
Dalam 2 minit kemudian kami melewati pula bagunan-bagunan 2 hingga 5 tingkat tersusun indah dan tenang iaitu Auckland City Hospital. Amat berbeza dengan suasana hospital kita seperti HPRZ11 Kb, di sini tiada jam dengan kenderaan ,tenang dan sunyi soalah-olah tiada pesakit dan tiada pelawat pesakit.Mengikut student perubatan di sini ,memang disini tidak sesibok mana dan mereka amat suka jika boleh berkerja di sini ,tambahan lagi dengan gaji yang lumayan tetapi pihak kerajaan tempatan amat sukar menerima pekerja asing.
Konstruction amat kurang kelihatan ,begitu juga dengan pekerja asing hampir tiada kelihatan. Di sini pekerja  asing tidak diperlukan  kerana  memadai dengan kaum Mouri sahaja.
Bersebelahan degan hospital ialah Auckland Momen.












Duck Poon



Apabila masuk sahaja kelihatan seperti padang goft yang amat besar dan dihiasi pohon-pohon lama ratusan tahun memagari padang luas ini,,sejauh mata pemandang.Di padang ini lah di adakan tempat permainan rabbi,bola sepak dan Frisbee.































Disebelahan pintu masuk Domian ini kelihatan beberapa orang tua perempuan Mouri sedang menghisap rokok, ini adalah perkara biasa bagi mereka.

Amat unik di sini tanah suburnya yang  indah, rumput padang bola pun berbunga, ha,ha.

Kami tidak berkesempatan melawat muzium kerana jam 5 pm ..semua pejabat tutup ,muzium tidak dapat kami lawati.


Sungguh teruja menjumpai sepsis bunga ini yang selama ini di Malayasia hayalah bunga artificial yang dibeli di SPF.












































Destinasi yang seterusnya di Domain ialah Wintergarden,,woi sungguh cantek bunga ros pelbagai warna.


Walaupun jam 8.00pm …hari masih siang.

Wah,subhanallah ,canteknya…selalunya bunga plastic…tapi hari ni betu-betul frees.













Oleh kerana hari sudah lewat ,,tempat  weeding di dalam sana tidak dapat kami lihat..

Kusangka pelbagai bunga bunga plastic itu semata-mata rekaan ..rupanya tiruan ..dari yang asal.

Hari semakin gelap dan bertambah sejuk.

Lokasi terakhir adalah muzium.Hari semakin senja..9.00pm


Di sini dapat dilihat  indah Bandar Auckland bermandikan cahaya.

Kelihatan pengawal keselamatan kemas berkot hitam mundar mandir…dan masih ramai pengunjung yang bersantai di perkarangan muzium.

Di belakang sana dapat dilihat  indah Bandar Auckland bermandikan cahaya.

Tandas awam canggih, pintu outomatik, semuanya push the button.Wah…kalau boleh ku bina tandas sebegitu untuk muridku…berdisiplin dan elak vandalism.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MAJLIS PERASMIAN PADANG BOLA SINTETIK SMK KADOK

MESYUARAT AGONG PIBG KE 42,PENYAMPAIAN BAP &PENETAPAN KPI KURIKULUM

29Julai 2017 Trip Aceh... Gunungan