TRIPS TO NEW ZEALAND-AUCKLAND,QUENTOWN, DUNEDIN (4 DIS-16 DIS 2015) PART 1






PETA NEW ZEALAND

Ahli  rombongan seramai 3 orang iaitu saya, bersama suami Tn Hj Che Mat bin Derasid dan anak ke 3 Che Nurul Husna.Projek ini di rancang 4 bulan yang lepas untuk meraikan anak ke 4 iaitu Che Mohd Hasif sempena telah tamat  pengajian dengan jayanya untuk program Tindikan MARA  , Bachelor of Science, Majoring in Biologi selama 3 tahun (2014-2016).Semua tiket penerbangan serta jadual  2 minggu di  New Zealand telah di atur oleh Che Mohd Hasif.Cost penerbangan antarabangsa,domestik di Malaysia dan domestic di New Zealand,sewa kereta,sewa apartmen dan poket money berjumlah  RM 16 000.00 untuk 3 orang. Sebenarnya  trip ini dirancang atas dasar enjoy dengan minimum perbelanjaan. Penerbangan untuk domestic  di Malaysia menggunakan system penerbangan Ais Asia, internasional dan domestic di New Zealand adalah Sistem Penerbangan Jetstra.Jetstar ialah system penerbangan milik Australia.Untuk makluman negara ini hanya mempunyai satu system penerbangan iaitu Air New Zealand.

Day 1, 4 Dis 2015 , Jumaat.

Dari rumah bertolak selepas sembahyang magrib 7.40pm dan apabila sampai di Pengkalan Chepa, ambil Cik gu Sukri di MRSM dan terus ke airport. Kereta unser diserahkan kepada Cik gu Sukri untuk  simpan di MRSM. Satu beg bagasi dan 3 beg handcarry.Tetapi akhirnya 2 beg dimasukkan dalam bagasi iaitu 1 beg yang dikongsikan bersama-sama  dan tambah 1 beg papa dengan total hanya 23kg sahaja daripada kota sebanyak 25 kg.Tiada  makanan yang dibawa ke NewZealand hanya baju dan keperluan seharian sahaja seperti ubat-ubatan dan alat solek.Itu yang di pesan oleh Hasif berkali-kali.
Di rumah ibu ,mertua serta 3 orang anak kesayangan iaitu Mak Wan,Mak yah ,Azim ,Farhan dan Aisah. Mak wan asalnya beriya-iya hendak ikut sekali tapi memandangkan factor kesihatan tiada rezeki lagi akhirnya Mak Wan hanya tinggal di rumah sahaja menemani anak-anak  yang lain.Semua barang keperluan ,baik barang kering atau basah telah dibeli dengan anggaran RM400 harga dan poket money masing-masing  RM50.00 kecuali Azim RM100 . Farhan pula ada tution Add Mat telah diberikan duit minyak kepada Mak Nyah untuk Ayah Ngah menghantar Farhan pada hari Jumaat dan Sabtu sebanyak RM15.00.Mak Wan dan Mak Yah juga ada diberikan wang saku sebanyak RM700.00.Selama 2 minggu ini insyaalah dipermudahkan dan selamat semuanya anak-anak ,ibu serta ibu mertua-amin.
Persiapan agak perlahan memandangkan kesibukan berkerja dan begitu juga Husna tetapi  papa sibok dengan projek mega iaitu dewan dan homestay kami. Tetapi akhirnya semua yang dirancang Allah kabulkan. Dipetangnya dapat juga menziarahi mak jah ,ibu mertuaku .Paling bersyukur mak wan dan mak yah dapat berada di rumah untuk bersama-sama dengan anak-anaku Aisaha,Farhan dan Azim.



Pengkalan Chepa Airport
KLIA 2
Sekitar jam 11 pm sampai di klia 2 dan bergegas ke tempat tuntutan bagasi. Alhamdulillah 2 beg bagasi muncul antara yang terawal. Kemudian ke tempat pertayaan bagi mencari maklumat untuk ke hotel Concord yang telah ditempah oleh anak sulongku Che Mohanad Hanif. Kami dimaklumkan  kenderaan hotel akan menjemput kami pada jam 12 mlm di Gate 3.Memandangkan  masa hanya ada lebih kurang 15 minit lagi maka kami bergegas turun ke tingkat 3 ,get 4 untuk menunggu kenderaan hotel yang telah dijanjikan itu.
Lama juga menunggu namun kenderaan tidak juga sampai. Suasana dilihat masing-masing sebok dengan kerja masing-masing. Bas shuttle datang dan pergi silih berganti hampir lima minit sekali, meletakkan penumpang dan mengambil penumpang. Ada yang ke KLIA1, Puduraya,…. pramugari dan pramugara Air Asia masing-masing sebok dengan mengheret bagasi masing-masin menuju destinasi yang sudah pasti.Sekumpulan anak muda lebih kurang 10 hingga 15 orang ,berpakaian kemas dan berkot, yang disangka pasukan bola sepak orang Melayu dilihat dari paras rupa ..tapi bukan rupanya  bila didengar dari perbualan mereka.
Kelihatan pula sekumpulan anak-anak muda 15-20orang berpakaian T shirt biasa bergerak keluar meninggalkan KLIA 2….mungkin pekerja asing dari Indonesia. Mataku sudah amat mengantuk memandangkan malam hampir 12.30 malam,namun KLIA 2 ku lihat tidak mengenal malam atau siang…kesibokan tetap seperti biasa. Van hotel datang juga akhirnya walaupun agak lewat ,malang lagi terpaksa menunggu 6 orang customer untuk bersama-sam menaiki van berkenaan.
Akhirnya mereka datang juga iaitu jemaaah dari Kelantan untk menunaikan umrah dan salah seorang Cg Zee dari SMKPC 2 kenalan semasa di BTPN.7 minit kemudian sampai di hotel, sembahyang isha dan tidor dalam keletihan.

Loby Hotel Concorde  KLA 2


 
DAY 2 5HB DIS. 2015
 
Esokkan  5 hb Des…jam 6 pagi bangun sembahyang subuh dan bersiap unuk breakfast di hotel bersama Husna dan bertolak ke KLIA 2 dengan bas hotel pada jam 8.00 am.
Lebih kurang jam 8.15 am sampai di KLIA2 .. terus ke money changer. Tiada wang New Zealand..RM2K hanya dapat 400 dolar US sahaja. Makan di Mcdonald serta Husna membeli sedikit  bekalan  makanan .
Semasa di kaunter chekin barisan lebih kurang 100 orang hanya  kami sahaja orang Melayu ,kebanyakannya berbangsa China dan sedikit India dan Inggeris.

Jam 11 bertolak ke Singapore dalam flight tidak ada sebarang hidangan ,penerbangan Jetstar ini ,makanannya tidak halal. Pramugarinya berpakaian serba hitam sedikit lis orange ,biasa-biasa saja.tak sehebat pramugara dan pramugari system penerbangan kita MAS dan Air Asia, cantek ,menawan dan bergaya .Istimewanya ,polisi makanan luar boleh dibawa bersama.Cuma cecair  seperti air mineral tidak dibenarkan masuk.

12.00 tengahari sampai di airport Changi Singapura,suasana airportnya agak sedikit berbeza dari tempat kita iaitu lantai hampir semua berkarpet, terdapat sudut internet free dengan disediakan beberapa komputer ,tempat  changer terdapat di merata-rata dengan kemudahan tempat duduk, pondok telipon menggunakan duit syiling ,makanan halal sukar dicari,password wifi diberikan dengan menunjukkan paspot, air minuman juga disediakan .



Kelihatan sudut internet free dan di kuanter pertanyaan untuk mendapatkan pasword wifi dengan menunjukkan pasport


Suasana menarik dan cantek dengan pemandangan ala kota Londan serta ditambah dengan hiasan Merry  Chrismiss serta boleh dikatakan airport mesra pengunjung. Masa sama dengan jam Malaysia dan waktu solat lima waktu juga sama dengan negara kita.







Memandangkan jam hampir 1 .00 tengahari kami cuba bertanya tempat solat prayer room kepada beberapa orang tempatan.Alhamduliullah ada juga bilik solat yang agak kondusif di aras 3.

Flight ke Melborne pada jam 8 malam ,masa masih panjang.Setelah menunaikan solat jamak dan qasar untuk zohor dan asar, kami hanya lepak-lepak saja di surau. Ramai juga yang datang sembahyang silih berganti.Nampak berbilang bangsa bukan sahaja nampak muka orang Melayu yang datang bersolat,Chines ,India,wajah pan asia, staf airport juga musafir seperti kami datang bersolat di sini.Uniknya ‘restroom for staff ‘ berhampiran dengan ruang solat ini ada suatu bilik dengan banyak kerusingan  empuk disediakan .Di sini staff dibenarkan tidor sekejap semasa lunc hour.Ohh bagusnya kalau kita lakukan kerana amalan ini sunnah dari rasulullah .




Lepas sembahyang magrib qasar dengan isha pada jam 7 malam berhampiran get 17..kami masuk chekin untuk ke melbone. Dapat di lihat lebih kurang 300 penumpang pel bagai bangsa .Cuma yang pasti Melayu hanya lebih kurang 10 sahaja.Dasar penerbangan ini, Jetstar yang mesra pelanggan membenarkan makanan luar amat tidak membebankan. Penumpang membawa sedikit makanan seperti makanan segera,kek dan  biskut . Tetapi air tidak dibenarkan masuk.Sebaliknya penumpang dibenarkan membawa botol air yang kosong dan boleh diisi air minuman yang disediakan dalam balai berlepas.Amat menarik dan unik serta minum air banyak untuk kesihatan.


Balai berlepas Chinai Singapore
Penerbangan mengambil masa 7 hingga 8 jam dengan jarak 6450km dan dijangka sampai di Melbourne  waktu tempatan  6.20am ,dan waktu 2.58am waktu Singapore. Temparature  -50-60 F,speed 940km/j,altitude 11800m.


Total seat 335 dengan business seat 21, semuanya kelihatan penuh. Anak-anak  kapal kelihatan begitu mesra dan perihatin ,cakna kepada semua penumpang.Makanan tidak disediakan tetapi pelangan boleh membeli makanan yang ada disediakan. Entertainment di sediakan di skrin setiap penumpang tetapi cas 10 dollar setiap perkhidmatan seperti movies. 

Pembelian begitu mudah dengan hanya swiep sahaja kad kredit anda.Di bahagian bawah skirn disediakan untuk swiep kad kredit.Alhamdulillah perjalanan lancar dan dipermudahkan namun ada sekali sekali gegaran  seperti semasa melalui kawasan Pulau Jawa.


6.30am local time sampai di airport Melbourne, terus ke kaunter imegrsion pemeriksaan agak ketat seperti biasa sebarang bentuk cecair tidak dibenarkan.Keadaan airport karpet hanya kawasan balai berlepas sahaja, kemudahan charger ada diletakkan ditepi dinding dengan meja dan kerusi tinggi,bekalan minuman air ditapis ada banyak tempat.Kalau nak dibandingkan di Singapore lebih mewah kemudahan  , lebih meriah dengan hiasan terutama Merry Christmas.

Sudut chager
Orang-orang di sini agak berdisiplin tinggi,berbudi bahasa .Makanan ringan serta minuman dijual dengan menggunakan mesin dan bayaran melalui kad kredit atau coin.Kalau di Singapore unitnya adalah bunga orket manakala di sini produk madu lebah menjadi salah satu daya tarikan.

Kapal terbang 2 tingkat.

Madu dan kanggero terkenal di sini

Makan makanan yang  dibawa seperti maggi,biskut,kurma. Tidak jumpa musalla hanya tidor dan berehat di kerusi atau atas kapet,namun tetap selesa. Jam 12.00 tengahari masuk waktu zohor ,sembayanag jamak dan qasar untuk zohor dan asar berjemaah di sekitar balai berlepas sahaja tapi selesa.Di balai berlepas terdapat juga 2 keluarga Melayu maka bertambahlah orang Melayu sekitar 10-12 orang. Makanan dan minuman boleh di bawa dalam fligt sama seperti di Singapore tadi. 12.45 waktu tempatan berlepas dari Melborne dengan penerbangan Jetstaw.Dijangka mengambil masa 3jam tetapi akan sampai di Auckland jam 6.30pm waktu tempatan.Sepatutnya akan sampai jam 3.00pm waktu Australia. Ini bermakna perbezaan waktu antara dua negara ini hampir 2-3 jam.Pramugari berbeza dari Air asia dan Mas, biasa –biasa saja pakaian T-shirt ,dan berumur pun ada.

Semua makanan perlu dihabiskan sebelum memasuki New Zealand, berkali-kali kami memeriksa beg untuk memastikan tida apa-apa  makanan terbawa.



Day 2 ,5 Dis 10.55pm -12.00 ,KlL-Singapore,Singapore-Melbourne 8.00pm-3.4am/6.30am waktu tempatan.
                     SEMOGA SELAMAT PERJALANAN SAMPAI KE AUCKLAND 


                                               TO BE CONTINUED PART 2


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MAJLIS PERASMIAN PADANG BOLA SINTETIK SMK KADOK

MESYUARAT AGONG PIBG KE 42,PENYAMPAIAN BAP &PENETAPAN KPI KURIKULUM

29Julai 2017 Trip Aceh... Gunungan