SELAMAT TINGGAL 2015 DAN SELAMAT DATANG 2016



Secangkir Rasa Daripada
 Pengetua SEMENKA 2016



Assalamualaikum wrh.wbt. dan salam sehati sejiwa.

A
lhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita semua masih lagi mempunyai sisa-sisa penghidupan di dunia ini yang menjadi jambatan untuk menuju alam akhirat yang kekal abadi. Selamat tahun baru dan selamat kembali bertugas di SMK Kadok  dengan azam baru serta bertekat , insya-Allah kita akan lebih cemerlang lagi pada tahun 2016 ini.

S
etinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih  kepada semua ahli jawatankuasa yang memberikan  komitmen tinggi  dalam menjayakan penerbitan “MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS) 2016.” Pihak Pengurusan sedaya upaya cuba memenuhi, setiap individu  SMK Kadok diamanahkan di posisi yang tepat bersesuaian dengan potensi ,minat , kepakaran serta keperluan organisasi kita.  Diharapkan MPS ini dapat memberi panduan dan rujukan kepada semua staf bagi mendapat maklumat segera dan tepat dalam perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pemurniaan setiap bidang keberhasilan dengan kecekapan yang tinggi.

S
 aya menyeru kepada semua rakan-rakan ,warga SEMENKA agar berkerja dengan penuh integriti dalam satu pasukan  kerana kita adalah pelaksana kepada kejayaan  tranformasi pendidikan dalam PPPM 2013-2025 yang telah memasuki fasa gelombang ke dua bermula tahun ini. Berbanggalah bahawa tugas kita adalah suatu tugas yang amat mulia serta bersabarlah  dengan cabaran arus dunia pendidikan masa kini. Pada setiap masa kita harus mempunyai iltizam untuk meningkatkan kompetensi dan sanggup memberi pengorbanan besar.  Amalan nilai murni sekolah iaitu Hormat Menghormati,Kasih Sayang,Kerajianan,Kerjasama dan Kesyukuran insyaAllah akan memberikan impak yang besar kepada usaha-usaha murni kita ini agar murid berilmu dan berakhlak seterusnya visi dan misi sekolah dapat direalisasikan.

S
aya yakin amalan kita mengimplementasikan model pengurusan berkesan iaitu merancang (P plan),mengurus (O organized),membimbing (L lead) dan pemantauan (C control) oleh semua warga dalam penyempurnakan semua amananah 2016 kita, insyaalah kecemerlangan akan berpihak kepada anak didik kita,insyaalah.
A
khir kata, sama-samalah kita berdoa agar kita “SUCCEED IN THIS WORLD AND HEREAFTER”-amin.



Selamat bertugas,maaf zahir batin,





HJH MASDIYAH BINTI JEMAIN.
Pengetua, SMK Kadok,
16450 Kota Bharu,
 Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PERASMIAN PADANG BOLA SINTETIK SMK KADOK

MESYUARAT AGONG PIBG KE 42,PENYAMPAIAN BAP &PENETAPAN KPI KURIKULUM

29Julai 2017 Trip Aceh... Gunungan