Trip to Jordan
Trip to Jordan
31 Ogos 2016 12.15pm Kb to KLIA 2 ,Airasia , bagasi 20kg. Sampai 1.15pm setelah mengambil bagasi 3 beg ,bertolak ke KLIA 1 dengan train bayaran RM2.00 ,mengambil masa 5-10mimit sahaja.
Setelah solat jamak dan qasar untuk zohor dan asar ,kami bergegas ke tempat repping bagasi untuk memastikan beg tidak mengalami kerosakan.2 buah beg iaitu hand carry n bagasi ,bayaran yang dikenakan RM15.00 setiap satu beg.
Memandangkan masa masih ada lagi kami turut ke lavel 2,foods garden,untuk makan tengahari.Aku dan suami ,makan mee bandung dan nasi goeing cina bersama air mineral sahaja dengan belanja Rm15.00.
Setelah selesai makan dan berihat sekejap lebihkurang jam 4.30ptg kami ke kaunter Istihat airline ,j4 untuk proses check in dan bagasi. Wah .....begitu ramai orang beratur .Paling ramai ,berliku-liku dan berpusu-pusu, kaunter yang paling ramai , kelihatan hampir kesemuanya warga berbabgsa Arab.Setelah beratur hampir setengah jam,alhamdulillah selesai...2beg bagasi dan satu hand carry.Bagasi dipe runyukkan hanya 46kg untuk kami berdua sedangkan barangan kami hanya dalaman 26 kg sahaja. Tak ada barang apa pun yang dibawa, sekadar pakaian untuk seminggu,ubat-ubatan dan makanan seperti. sambal daging,keropok kering,cereal dan sedikit milo dan kopi.
Flights kami dijangka berlepas pada jam 7.45pm. Kami pun menuju ke balai berlepas ...untuk penerbangan antarabangsa...Aduh! Kaki kiriku kejang...sakitnya...selang beberapa minit kaki kanan pulak....Beberapa orang petugas yang lalu lalang memerhatikan keadaanku.....aku pun bertanaya
'Adik...kaki saya kejang....ada welchair tak...' . Jawab mereka...
'Kat sini tak ada, kalau kat atas tadi boleh mintak...'
Aduh tak mesra pengguna la,fikirku. Sekarang aku sudah berada di tingkat 4 KLIA 1,atas tadi tingkat 5. Rehat sekejap selepas itu sambung pulak,suamiku meminta aku berjalan perlahan .
'Dok atas troli ni ....nak tolak'. Gurau suamiku.
Sebenarnya hari ini ,selain daripada sambutan kemerdekaan negara yang kita cintai ini, hari ini juga hari sambutan ulang tahun perkahwianan kami yang ke 31tahun, 31Ogos 1985
Ini semua kebetulan sahaja,bukanlah kami meracang untuk sambutan ulang tahun ini di Jordan he..he..
Anakku yang sulung ,Che Mohd Hanif ,juga mempunyai tarikh yang sama ,alhamdulillah.
Comments
Post a Comment