NABI ADAM DI DALAM SYURGA
Allah memerentahkan supaya malaikat dan iblis sujud, tanda penghormatan pada Adam. Adam perlu diberi penghormatan kerana ia ciptaan iaitu manusia pertama ciptaan Allah.Adam juga adalah ciptaan terbaik dari Allah yang dijadikan dengan tanganNya sendiri.Adam juga seorang nabi dan sebagai khalifah di bumi. Maka wajarlah malaikat dan iblis sujud memberi penghormatan kepadanya. Malaikat memang taat dan patuh,lalu ia pun sujud pada Adam.Malaikat akur dan mengikut apa yang perintahkan oleh Allah. Tidak seperti malaikat,iblis terasa tergugat ,ia ingkar perintah Allah.Iblis tidak sujud pada Adam.Ia merasakan kedudukannya lebih mulia dari Adam kerana ciptaanya dari api manakala Adam hanya dari tanah liat yang hitam.Iblis sombong, angkuh dan irihati pada Adam kerana Allah mengkehendaki iblis sujud,menghormati Adam. Al-Isra’ , ayat 61 Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat.”Sujudlah kamu semua kepada Adam”, lalu mereka semua suj...