TRIPS TO NEW ZEALAND PART 3
PRE CONVOCATION
CHE MOHD HASIF CHE MAT -DAY 5. 8HB DECEMBER
2015, AUCKLAND SELASA
TAHNIAH CG CHE MOHD HASIF-Albert Park |
Hari ini hari yang amat berharga kerana hari ini sambutan
graduasi Che Mohd Hasif program Tindikan MARA , Bachelor of Science, Majoring in Biologi
selama 3 tahun (2014-2016) di Auckland
University.Pusat pengajian ini adalah university tertua di New
Zealand semenjak tahun 1883.Pelajar pelajar major Biologi,2 pelajar major Math
dan 2 pelajar major Fizik.Menariknya hanya Che Hasif sahaja pelajar lelaki.
Alhamdulillah semua pelajar ini telah dapat menghabiskan pengajian mereka
seperti yang dijadulakan tanpa ada carry paper mahupun repeat year. Tahun
pelajar ini lah merupakan tahun pencapaian pelajar yang terbaik.Hasif telah berjaya
mendapat pointer 3.7 ..tahniah.
Sebanarnya majlis
graduasi yang akan dianjurkan oleh university akan diadakan pada Mei 2016
.Jangkaan kami pada tahun hadapan kemungkinan besar tidak dapat hadir kerana
pada tahun hadapan anak ke 5 Che Mohd Adib insyaalah akan menamatkan pengajian
dan sambutan majlis graduasi pada Jun 2016 jurusan Kewangan Islam,University Yarmuk
Jordan.
Pagi lagi selepas makan pagi yang kami sediakan sendiri, kami
telah ke city untuk membeli sejambak bunga, $20.00 ,harga yang standard, kalau
convert ke RM , lebih kurang RM70.00.Cost living amat tinggi di sini. Sungguh
cantik ,ku lihat seperti bunga artificial yang biasa ku jumpa di Malaysia.
Setelah bersiap-siap,jam 11 pagi, kami 4 beranak dengan warna sedondong,,puple pink bergerak
turun dari apartmen Forty menuju ke kawasan university ,lebih kurang 5-10 minit
berjalan kaki.
Wah begitu segar,angin sejuk dan pemandangan cantik.Tidak panas
dan tidak terlalu sejuk..mentari bersinar lembut ..beginilah agaknya cuaca di
syurga nanti ..lebih hebat lagi di syurga nanti..
Albert Park |
Albert Park |
Albert Park |
Destinasi wajib untuk berposing para graduas adalah Albert
Park sungguh cantik. Sebuah taman di
tengah bandaraya untuk bersantai, beriadah dengan taman bunga yang indah dan
pancutan air terjun sejuk mata memandang. Dari sini dapat di lihat 2 tower
mercu tanda city center iaitu Sky Tower dan Clock Tower yang saling bertentangan kedudukan.Clock Tower berada dalam kawasan Universiti Auckland.
Clock Tower |
Sepanjang berada di sini dapat diperhatikan trips
murid-murid sekolah bersama-sama guru mereka,murid tadika,sekolah rendah dan
menengah serta kumpulan murid2 istimewa.
Seperti biasa penduduk di sini begitu bermurah hari untuk
membantu mengambil gambar,mungkin mereka telah didik untuk menghormati
pelanjung yang sering datang ke sini.
Seorang gadis New Zealand yang sungguh
cantik,manis dan peramah telah sudi penjadi juru foto kami beberapa kali.Beliau
bekas student unibersiti ini dan sekarang berkerja di labrary di universisti
ini. Penduduk asia juga ramai yang berhijrah di sini, China ,Jepun,Korea,India
memang ketara kehadiran mereka di sini.
Labrary Aucland Universisti |
Kami juga mengambil kesempatan mengunjungi bagunan Falkulti Biologi yang menjadi tempat bersejarah Che Mohd Hasif. Sebut saja Biologi,memang tidak asing lagi kerana Cg Mat merupakan guru Biologi di MRSM PC.Maka dua beranak ini memang sehati sejiwa sama minat dengan Biologi.
Suasana yang sejuk,nyaman,indah ini menyebabkan kami tidak
merasa penat walaupun rasanya beberapa kilometer telah berjalan kaki kesana
kemari.
Kami juga sempat singgah menjengah ke perpustakaan universiti Auckland. Semua pengurusan baik pengurusan pinjaman dan pemulangan semuanya menggunakan sistem komputer.Setiap arahan yang ditampal akan ada bahasa Maori di sebelahnya.New Books dalam bahasa Maori pukapuka hou, pulangkan buku,hokinga mai..
Setelah hampir beberapa jam untuk meluangkan masa
detik-detik bersejarah Che Mohd hasif, kami pulang ke apartment untuk makan
tengahari dan untuk menunaikan solat serta berehat. Petang ini telah di atur
jadual untuk trips yang amat menarik lagi bersama-sama Miskat sebagai pemandu pelancong iatu Mission Bay dan Mount Eden ,sebuah gunung berapi lama.
Kawasan pantai yang amat indah ,air biru berbagai-bagai ton.
Di kiri kanan kelihatan kapal layar tersusun indah.
Kelihatan pulau-pulau yang menggamit dan melambai-lambai.
Kawasan indak di puncak bukit.
Taman bunga seperti Tajmahal.
Kelihatan city begitu cantik.
Comments
Post a Comment