ADAM DAN HAWA TERKELUAR DARI SYURGA
BAHAGIA BERSAMA
Di dalam syurga Adam tidak lagi kesepian kerana telah dikurniakan
teman iaitu isterinya Hawa.Tinggalah mereka hidup bahagia,aman dan damai tanpa
ada sedikit pun kesusahan.Allah mengurniakan pelbagai nikmat dan rahmat antaranya
adalah perbagai jenis makanan dan buah-buahan,lazat,harum dan berbagai jenis
rasa dengan pepohon yang subur dan rendang.
Ar-Rad ayat 35
Perumpamaan surga yang dijanjikan kepada yang bertaqwa (ialah
seperti taman)mengalir di bawahnya sungai-sungai,sentiasa berbuah dan teduh.
Al-Kahf, ayat 31
Mereka itu memperoleh
syurga And,yang mengalir di bawahnya sugai-sungai,mereka diberi perhiasan
gelang emas,dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera nipis dan sutera
tebal,sedang mereka duduk di atas depan –depan yang tebal.Itulah sebaik-baik
pahala dan tempat istirehat yang indah.
Yasin ,ayat 55
Di syurga mereka
memperolehi buah-buahan dan memperolehi apa saja yang mereka inginkan.
Sad, ayat 51
Di dalamnya mereka
bersandar (di atas depan-depan) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan
minuman.
Surah Taha ,ayat 118
Sungguh ada jaminan
untukmu di sana engkau tidak akan lapar dan tidak akan telanjang.
Surah Taha ,ayat 119
Dan sungguh,di sana
engkau tidak akan merasa dahaga dan tidak akan ditimpa panas mentari.
Adam dan Hawa di kelilingi bermacam rahmat dan nikmat tak
terhingga banyaknya.Dalam nikmat berbagai jenis buah-buahan itu hanya suatu
pohon sahaja yang Allah melarang Adam dan Hawa menghampirinya.Apatah lagi
memakan buahnya.Pohon yang dimaksudkan itu ialah pohon Kuldi ,pohon Keabadian.
Allah telah menegaskan larangan tentang menghampiri pohon ini
adalah merupakan suatu perintah ke atas Adam dan Hawa serta suatu ujian bagi
menilai ketaatan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah Maha Pencipta.Allah juga
memberi peringatan jika Adam dan Hawa
engkar terhadap larangan ini,mereka termasuk dalam golongan orang yang hanya
menzalimi diri sendiri dan seterusnya termasuk dalam golongan orang yang amat
rugi.
Surah Al-An’am, ayat 35
Dan Kami berfirman
“Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga dan makanlah dengan
nikmat( berbagai jenis makanan ),tetapi (janganlah) kamu menghampiri pohon ini
(pohon kuldi) nanti kamu temasuk orang-orang yang zalim.
Seperti
yang kita sedia maklum,iblis adalah musuh utama manusia.Sikap sombong,dengki
serta dendam ,mereka sentiasa mencari jalan agar Adam dan Hawa disingkir dari
syurga seperti mereka.Maka iblis memainkan isu, larangan memakan buah kuldi ini
sebagai suatu strategi untuk mencapai matlamat mereka dengan memutar belitkan
fakta dan tipu daya.Demi dendam dan irihati ,mereka tidak mengenal jemu
sentiasa berusaha menyesatkan manusia.Dendam kerana disebabkan manusialah iblis
tersingkir dari syurga.Sombang dan bongkak kerana mereka tidak mahu sujud dan
menghormati Adam kerana merasakan kedudukan mereka lebih tinggi dan baik kerana
diciptakan dari api makala Adam hanyalah dari tanah.
Surah Al-A’raf, ayat
17
Kemudian aku
(iblis)pasti mendatangi mereka (manusia)dari depan,dari belakang,dari kanan dan
dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.
CUBAAN PERTAMA
Cubaan kali pertama iblis dapat mengintai Adam dan Hawa di dalam
syurga dan berpura-pura ingin menjadi penasihat yang baik kepada mereka.
Surah Al-A’araf,ayat 21
Dan dia (iblis)
bersumpah kepada keduanya(Adam dan Hawa)”Sesunggunya aku ini benar-benar
termasuk para pemberi nasihat.
Kononnya iblis menyampaikan nasihat berguna kepada Adam dan Hawa,agar
menghampiri pohon kuldi yang lazat itu.Sambil memujuk rayu iblis
menambah, jika Adam dan Hawa memakan buah itu, Allah akan mengekalkan mereka di
syurga serta menguasai
kekuasaan yang luas .
Surah Taha,ayat 120
Kemudian syaitan
membisikan (fikiran jahat) kepadanya dengan berkata “ Wahai Adam ! Maukah aku
tunjukkan kepadamu pohon keabadian(khuldi)dan kerajaan yang tidak akan binasa ?
Adam masih ingat, larangan Allah terhadapnya agar tidak
menghampiri pohon berkenaan apatah lagi memakan buahnya.Dalam kotak fikiran
Adam, jarum-jarum tipu daya iblis telah bermula.Masih segar dalam ingatan Adam
dan Hawa ,perintah dan larangan Allah terhadap mereka.Lalu Adam dan Hawa
berpaling dan menjauhi diri dari iblis terkutuk.
Surah Taha ,ayat 117
Kemudian Kami
berfirman ,”Wahai Adam !Sungguh ini (iblis) musuh bagimu dan bagi isterimu,
maka sesekali jangan sampai dia mengeluarkan kamu berdua dari syurga,nanti kamu
celaka.
PELUANG KEDUA
Oleh kerana dendam yang mendalam dan iri hati terhadap manusia,iblis
tidak berputus asa dan tidak mengenal jemu.Iblis sentiasa berusaha dan mencari
jalan untuk menyesatkan manusia .Ia mendapat peluang kedua menghampiri Adam dan
Hawa.Dengan tidak melepaskan peluang keemasan ini,iblis menyakinkan mereka
dengan mengubah fakta dan mengelirukan mereka.Kononnya larangan ini jika Adam
dan Hawa adalah malaikat tetapi mereka adalah manusia .Oleh itu tiada masaalah
jika mereka memakan buah khuldi ini kerana mereka bukanlah golongan malaikat .
Surah Al-Araf,ayat20
Kemudian syaitan
membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat(selama ini
tertutup) dan syaitan berkata”Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati
pokok ini agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang
kekal di dalam syurga.
Ketakwaan
adam dan hawa masih utuh.Mereka tahu ini merupakan taktik kotor syaitan untuk
menyesatkan mereka.
Iblis
tetap mencuba untuk menyesatkan Adam dan Hawa dengan tipu daya.Setiap kali
cobaan demi cobaan dengan pelbagai strategi namun kegagalan demi kegagalan yang
diterima oleh iblis.Semuua ini tidak mematahkan semangat iblis kerana mereka
mempunyai wawasan yang besar dan bersumpah dihadapan Allah bawaha mereka akan
menyesatkan Adam dan ketuturunannya hingga ke hari kiamat.
Iblis
mendapati salah satu kelemahan manusia ialah sifat lupa .Strategi lupa ini
digunakan oleh iblis.
Iblis
sabar menunggu sehinggalah sampai suatu masa mereka sudah mula melupai larangan
Allah itu terhadap pokon khuldi.
Surah Taha ayat 15
Dan sungguh telah kami
pesankan kepada Adam dahulu tetapi dia lupa dan kami tidak dapati kemahuan yang
kuat padanya
Setelah
tiba masa yang paling sesuai,sebaik sahaja Adam dan Hawa keletihan selepas
bermain dan bersuka ria di dalam syurga ,mereka berasa lapar dan dahaga.Lalu
iblis memetik buah khuldi yang masak ranun lalu diberikan kepada mereka.Iblis
bersumpah dengan penuh yakin bahawa dia ikhlas.Tindakannya bukan untuk
menyesatkan Adam dan Hawa tetapi hanya ingin memberi nasihat agar mereka dapat kekal di dalam syurga dengan
memakan buah itu.Adam mula berasa ragu dengan larangan Allah terhadapnya ,apatah
lagi iblis bersumpah dengan menyebut nama Allah.Keyakinan Adam mula goyang.Dalam
situasi yang keliru ini iblis tidak melepaskan peluang,dibawanya buah khuldi
lebih hampir lagi kepada Adam.Semerbak harum baunya menyusuk kehidung Adam dan
Hawa. Tentu rasanya enak dan sedap jangkaan Adam dan Hawa.Ditambah lagi keadaan
mereka lapar dan dahaga .Maka tanpa berfikir panjang mereka memakan buah khuldi
itu.
Belum
sempat mereka menghayati sepenuhnya rasa buah khuldi itu tiba-tiba semua
pakaian indah yang menetupi tubuh mereka tertanggal dari badan.Adam dan Hawa
terkejut dan takut serta merasa malu sesama sendiri.
Mereka
mengambil daun-daun untuk menutup tubuh serta lari melarikan diri kerana
takut kepada Allah.
Surah Taha ayat 121
Lalu keduanya
memakannya,lalu ditampaklah oleh keduanya aurat mereka dan mulailah keduanya
menutupinya dengan daun-daun yang ada di syurga dan telah durhaka Adam akan
Tuhannya dan sesatlah dia.
Allah
amat murka di atas perbuatan engkar terhadat laranganNya. Sedangkan begitu banyak nikmat di
syurga yang Allah berikan hanya satu sahaja laranganNya tetapi manusia mempunyai nafsu yang besar
sehingga akal fikiran tidak digunakan lagi .
Adam
dan Hawa menangis sepuas-puasnya kerana amat menyesali akan kesilapan yang
telah mereka lakukan. Mereka mengakui telah menzalimi diri mereka sendiri dan kerugian yang besar kerana telah terpedaya
dengan godaan iblis.
Surah Al Araf, ayat 21
Dia memujuk mereka
dengan tipu daya.Ketika mereka mencicipkan pohon itu,tampaklah oleh mereka akan
autratnya,maka mulailah akan mereka menutupinya dengan daun-daun di syurga.
Tuhan menyeru mereka “Bukankah Aku telah melarangkamu dari pohon ini dan telah
menyatakan bahawa sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu
berdua?
Meraka
sujud,memohon keampuan serta bertaubat kepada Allah.Tuhan maha pengasih dan
maha penerima taubat.Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa. Tetapi Adam dan
Hawa tetap akan dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi demi menjaga
kemuliaan Allah yang maha agong.
Surah Al-Araf,ayat 23
Kedua-duanya berkata
“Ya Tuhan kami,kami telah menzalimi diri kami sendiri.Jika Engkau tidak
mengampuni kami dan member rahmat kepada kami,nescaya kami termasuk orang-orang
yang rugi.”
Allah maha pengasih dan penyayang pada
hambaNya Adam dan Hawa. Sebelum mereka diturunkan dari syurga ,Allah telah
berpesan dan memberikan peringatan agar
Adam dan Hawa dan keturunanya akan dapat masuk ke dalam syurga apabila tiba
masa yang ditetapkan oleh Allah nanti.Allah menjelaskan di bumi amat jauh bezanya
dari syurga . Adam dan Hawa perlu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu dan
adakalanya perlu sampai mengeluarkan airmata.Ada kesusahan dan kesenangan yang terbatas.Di bumi tidak seperti di
syurga, hidup bermusuhan,tipu-menipu dan berhasad tengki.
Surah Al-Araf,ayat 24
Allah berfirman. “Turunlah
kamu!Kamu akan bermusuhan antara kamu.Bumi adalah tempat kediaman dan
kesenanganmu sampai waktu yang tertentu.”
Iblis
sentiasa membuat tipu daya untuk menyesatkan manusia dengan pelbagai helah agar
mengikuti mereka.Namun begitu Adam dan Hawa tidak perlu bimbang kerana Allah
maha pengasih dan penyayang kerana diberinya akal fikiran dan petunjukNya serta
maha penerima taubat.DiutuskanNya nabi-nabi dan rasul-rasul serta kitab-kitabsuci
membawa petunjuk dan cahaya dari kegelapan.
Begitulah
hebatnya perancangan Allah,menjadikan manusia sebagai khalifah di muka
bumi.Agar manusia dapat memakmurkan bumi ini dan menjadi hamba Allah dengan
tidak mengikut jalan syaitan. Sesiapa yang tidak sesat dan lulus ujian di bumi
ini akan dibalas oleh Allah dengan keredaan syurgaNya. Di sana nanti kita kekal
didalam syurga yang penuh nikmat buat selama-lamanya.-amin
Sumber
Rujukan.
Bey Arifin ,1978 .Buku Rangkaian Cerita Al Quraan .Pustaka
Nasional Singapore
Comments
Post a Comment