SELAMAT TINGGAL 2015 DAN SELAMAT DATANG 2016
Secangkir Rasa Daripada Pengetua SEMENKA 2016 Assalamualaikum wrh.wbt. dan salam sehati sejiwa. A lhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita semua masih lagi mempunyai sisa-sisa penghidupan di dunia ini yang menjadi jambatan untuk menuju alam akhirat yang kekal abadi. Selamat tahun baru dan selamat kembali bertugas di SMK Kadok dengan azam baru serta bertekat , insya-Allah kita akan lebih cemerlang lagi pada tahun 2016 ini. S etinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan penerbitan “ MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS) 2016 .” Pihak Pengurusan sedaya upaya cuba memenuhi, setiap individu SMK Kadok diamanahkan di posisi yang tepat bersesuaian dengan potensi ,minat , kepakaran serta keperluan organisasi kita. Diharapkan MPS ini dapat memberi panduan dan rujukan kepada semua staf bagi mendapat maklumat se...