ADAM DAN HAWA TERKELUAR DARI SYURGA
BAHAGIA BERSAMA Di dalam syurga Adam tidak lagi kesepian kerana telah dikurniakan teman iaitu isterinya Hawa.Tinggalah mereka hidup bahagia,aman dan damai tanpa ada sedikit pun kesusahan.Allah mengurniakan pelbagai nikmat dan rahmat antaranya adalah perbagai jenis makanan dan buah-buahan,lazat,harum dan berbagai jenis rasa dengan pepohon yang subur dan rendang. Ar-Rad ayat 35 Perumpamaan surga yang dijanjikan kepada yang bertaqwa (ialah seperti taman)mengalir di bawahnya sungai-sungai,sentiasa berbuah dan teduh. Al-Kahf, ayat 31 Mereka itu memperoleh syurga And,yang mengalir di bawahnya sugai-sungai,mereka diberi perhiasan gelang emas,dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera nipis dan sutera tebal,sedang mereka duduk di atas depan –depan yang tebal.Itulah sebaik-baik pahala dan tempat istirehat yang indah. Yasin ,ayat 55 Di syurga mereka memperolehi buah-buahan dan memperolehi apa saja yang mereka inginkan. Sad, ayat 51 Di dalamnya mereka be...